10 taman negara menarik di Costa Rica yang anda mungkin tidak tahu!

Antara salah satu taman negara menarikdi Costa Rica iaitu Tortuguero
Costa Rica terkenal dengan beberapa tempat menarik dan antaranya ialah taman negara yang wajib ada dalam senarai travel anda.

Terdapat 29 jenis taman negara di Costa Rica seharusnya dikunjungi lebih-lebih lagi jika anda mahu melakukan aktiviti pengembaraan.

Kawasan yang dipenuhi dengan hutan hujan, kehidupan haiwan eksotik dan keindahan pantai berpasir ternyata sungguh mengujakan.

Ini antara senarai sepuluh taman negara di Costa Rica.

1. Taman Negara Corcovado
corcovado
Taman Negara Corcovado. Foto: Getty Images
Taman negara ini adalah hutan hujan tanah rendah terbesar di Costa Rica, menjadikan ia salah sebuah tempat yang perlu ada dalam bucket list anda!

Kawasan yang mempunyai 13 ekosistem ini juga mempunyai hidupan liar seperti Jaguar dan Scarlet Macaws (sejenis burung nuri di benua Amerika).

Bukan itu sahaja, air terjun yang jernih mengalir sehingga ke pantai berpasir persis seperti dalam sebuah pengambaran filem menghiasi taman negara Corcovado ini.

Untuk pengetahuan, semua pelawat di taman negara ini perlu diiringi oleh pemandu pelancong tempatan.

2. Taman Negara Manuel Antonio
manuel antonio
Taman Negara Manuel Antonio. Foto: Getty Images
Jika anda mencari hutan hujan dan pantai pasir putih sebagai lokasi khas untuk mempunyai gambar yang sempurna maka Manuel Antonio adalah jawapannya.

Bayangkan segalanya bermula dari plane-turned-hotel (pesawat yang diubah menjadi sebuah hotel) hingga ke laluan yang indah dimana anda dapat melihat haiwan seperti monyet dan Sloth (sejenis monyet di benua Amerika)

3. Taman Negara Miravalles Volcano -Jorge Manuel Dengo
Miravalles Volcano
Taman Negara Miravalles Volcano- Jorge Manuel Dengo. Foto: Getty Images
Taman negara yang terbaharu di Costa Rica ini mempunyai 5,000 kawasan geoterma dan habitat untuk hidupan liar seperti Jaguar,Cougar (sejenis singa di benua Amerika) dan tapir.

Miravalles Volcano yang mempunyai ketinggian 6,654 kaki menjadi tarikan utama serta tarikan kolam air panas turut dikunjungi ramai pelancong di serata dunia.

Untuk info tambahan, taman tersebut diberi nama daripada seorang pakar alam sekitar, Jorge Manuel Dengo Obregon.

4. Taman Negara Carara 
Taman Negara Carara. Foto: Getty Images
Hutan simpan yang mempunyai 2 jam perjalanan dari bandar San Jose ini mempunyai pelbagai tumpuan landskap.

Sudah tentu kawasan ini banyak hidupan liar seperti monyet, Sloth, Boas (sejenis ular di benua Amerika), Jaguar dan buaya.

Perkhemahan tidak dibenarkan di taman ini namun penginapan hotel disediakan di luar taman jika pelancong berhasrat ingin tidur satu malam.

5. Taman Negara Palo Verde
Palo Verde
Taman Negara Palo Verde. Foto: Getty Images
Bagi penggemar haiwan burung, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Palo Verde kerana terdapat rumah khas untuk pelbagai jenis burung yang hidup di tengah hutan.

Malah, ketika musim hujan dianggarkan terdapat lebih 250,000 jenis burung tinggal di taman tersebut.

Pelancong juga disarankan untuk menaiki bot jika melawat ke taman negara Palo Verde.

6. Monteverde Cloud Forest Reserve
Monteverde Cloud Forest Reserve
Monteverde Cloud Forest Reserve. Foto: Getty Images
Dari jauh taman ini seakan-akan kelihatan mistik dengan kabus yang memenuhi ruangan kanopi hutan tersebut.

Jambatan gantung disediakan untuk para pengunjung dan laluan untuk berjalan kaki di tengah-tengah hutan berkabus pastinya mengujakan.

7. Taman Negara Marino Ballena
Marino Ballena
Taman Negara Marino Ballena. Foto: Getty Images
Mario Ballena di Uvita adalah antara beberapa taman negara yang mempunyai tapak perkemahan jika anda ingin menghabiskan masa beberapa hari untuk menjelajah kawasan ini.

Pantai berpasir emas sesuai untuk mereka yang ingin berehat dan terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti mendayung dan berkayak.

Nak tahu perkara paling menarik mengenai taman ini? Humpback Whales (sejenis ikan paus) sering berhijrah ke sini dan boleh dilihat ketika menaiki bot kebiasaanya pada bulan Disember hingga April.

8. Rincon de la Vieja
Rincon de la Vieja
Rincon de la Vieja. Foto: Getty Images
Rincon de la Vieja di wilayah Guanacaste terkenal dengan air terjunnya.

Taman ini mempunyai 32 sungai dan kolam air panas, tempat berenang, tapak berkelah serta tapak perkemahan.

Penggemar hiking mungkin akan mempertimbangkan untuk mendaki kerana laluannya yang membawa kepada dua gunung berapi di taman tersebut.

9. Taman Negara Tortuguero 
Tortuguero
Taman Negara Tortuguero. Foto: Getty Images
Pengunjung perlu menaik bot untuk ke Tortuguero bagi mendapatkan pemandangan indah hutan paya bakau dan hutan hujan yang tiada tandingannya.

Haiwan-haiwan seperti buaya jenis Caiman,penyu sungai dan penyu laut juga ada di taman ini.

10. Taman Negara Braulio Carrillo
Taman Negara Braulio Carrillo. Foto: Getty Images
Braulio Carrillo yang merupakan sebahagian kawasan pemuliharaan gunung berapi negara sangat popular di kalangan para pendaki dengan laluannya yang luas.

Lebih 44,000 hektar untuk diterokai dengan tujuh habitat yang berlainan.

Hidupan liar juga ada seperti toucan (sejenis burung di benua Amerika), helang, monyet, jaguar dan tapir.

Anda disaran untuk mendapatkan pemandu pelancong supaya anda tidak terlepas segala yang menarik.

Sumber: Mirror UK

1 Comments

  1. Menarik tempat ni dgn keunikan alam semula jadinya.

    ReplyDelete