Ketahui 12 spesis anjing ini dilarang bela di Malaysia


Haiwan seperti anjing banyak digunakan bertujuan membantu pihak bomba dan penyelamat mengesan mayat serta pelbagai jenis dadah yang semestinya memerlukan deria bau seekor anjing.

Ada juga yang membela haiwan anjing sekadar untuk 'suka-suka' namun 12 jenis baka anjing ini dilarang sama sekali dibela.

Jom kita ketahui 12 spesis anjing yang dilarang bela di Malaysia..

1) Akita inu

Baka ini kebiasaannya kita jumpa di negara Jepun. Namun, awas ya! disebalik kecomelan anjing ini, ia nya sangat garang dan akan serang manusia jika diganggu.

Menariknya, pada 1931, Akita Inu diisytiharkan sebagai warisan kebangsaan Jepun.


Akita Inu
2) American Bulldog
Anjing spesis American Bulldog berasal daripada Amerika Syarikat. Ketinggian spesis ini sekitar 48 hingga 71 cm dan beratnya 30 hingga 58 kilogram.

Melihat kepada spesis anjing ini, ia adalah seekor anjing yang aktif dan gagah. Kebiasaannya ia digunakan untuk umpan dalam laga lembu.

American Bulldog
3) American Pitt Bull
Negara Asal : Amerika Syarikat Ketinggian : 46-56 cm Berat : 23-36 kg Perilaku : Berani Di United Kingdom, kalau nak bela anjing ini, Kita kena daftar dan mandulkan dahulu. Kemudian, baru boleh dibela oleh tuannya.

American Pitt Bull
4) Anjing Canary

Anjing Canary yang berasal dari Kepulauan Canary, Sepanyol ini mempunyai ketinggian yang sangat tinggi tau sekitar 55-65 cm. Tingginya! Berat pula sekitar 36 hingga 48 kilogram dan perilakunya seekor anjng yang berani.
Untuk pengetahuan umum, baka ni hampir pupus pada tahun 1960-an.

Canary
5) Tibetan Mastiff
Negara Asal : Tibet Ketinggian : 61-71 cm Berat :64-82 kg Perilaku: Berani dan setia. Selain setia, saiz anjing ini juga mengagumkan. Dan ada juga kajian mengatakan spesis Tibetan Mastiff ini baik dengan kanak-kanak.

Tibetan Mastiff
6) Fila Brasileiro


Nama jenis baka Fila Brasileiro ini pun kita dah tahu asalnya pasti di negara Brazil.

Melihat kepada baka ini, kita boleh lihat perilakunya seekor anjing yang gagah dan agresif! Ketinggiannya 61 hingga 76 cm dan berat sekitar 41 hingga 50 kilogram.
Dahulunya kegunaan anjing ini untuk mengejar hamba abdi yang melarikan diri. Selain itu, dia juga digunakan untuk mengurangkan populasi kucing liar.

Fila Brasileiro
7) Tosa Inu
Negara asal : Jepun Ketinggian : 62-65 cm Berat: 90 kg (sado yall) Perilaku: Berani Anjing ini susuk badan dan ototnya sangat kuat. Rahang dan gigi pula sangat kukuh. Anjing ini antara baka yang terhebat namun ianya haram dibela di United Kingdom.

Tosa Inu
8) Dogo Argentino
Negara Asal: Argentina Ketinggian: 61-69 cm Berat : 36-45 kg Perilaku: Gagah macam messi Fun fact: Anjing ni diharamkan bela di Great Britain sebab risau akan naluri dia yang ganas dan tidak mudah gentar pada sesuatu perkara.

Dogo Argentino
9) Kai dog (Tora dog)
Negara Asal: Jepun Ketinggian: 46-58 cm Berat:16-18 kg Perilaku: berdikari Seekor anjing yang tegap dan mantap. Dilatih untuk kegunaan memburu. Didapati dalam pelbagai variasi warna iaitu Aka Tora (merah), Chu Tora (medium) dan Kuro Tora (hitam).

Kai/Tora
10) Owtcharka
Negara Asal : Jerman Ketinggian: 74-88 cm Perilaku: Curious Baka yang terkenal berdasarkan otot yang gagah, dan tinggi hampir separuh manusia. Wow! Comel namun seekor anjing yang ganas. hehehe...

Owtcharka

11) Perro de Pastor Mallorquin
Negara Asal: Kepulauan Baleric Ketinggian: 46-56 cm Berat: 20-27 kg Perilaku: aggresif Anjing ini dibiakkan atas faktor tahan kepanasan di mediterannean dan salah seekor anjing yang kerap bertindak agresif.

Perro de Pastor Mallorquin
 12) Russo- European Laika
Negara Asal: Russia dan Finland Ketinggian: 53-61 cm Berat: 20-23 kg Perilaku: berdikari Kebanyakan baka ini dilahirkan tanpa ekor dan dikenali sebagai anjing pemburu serigala.

Russo- European Laika

Sumber: Twitter Fahizariff via Buku Panduan Baka-Baka Anjing Terhad dan Terlarang di Malaysia. 2011. Edisi Pertama. Putrajaya. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 

0 Comments