Baju nikah preloved baru beli, malangnya dah penuh 'tahi lalat' dan kotor!

Baju nikah preloved baru beli, malangnya dah penuh 'tahi lalat' dan kotor!
Baju nikah yang diterima Wan Huzaifah kotor dan dipenuhi 'tahi lalat'.
Setiap wanita mendambakan busana pengantin yang cantik untuk disarung pada hari perkahwinannya.

Hanya tinggal sebulan sahaja lagi majlis pernikahan yang bakal berlangsung pada September, wanita yang hanya dikenali sebagai Wan Huzaifah ini telah membeli baju nikah dengan harga RM150 dan selamat sampai pada dua hari lalu.

Namun lain pula jadinya selepas baju yang diterima itu hanyalah sekadar 'indah khabar dari rupa'.

Pada awalnya, penjual itu memberikan beberapa gambar baju nikah yang kelihatan sungguh cantik melalui gambar yang dihantar.

baju nikah
Baju nikah yang dibeli Wan Huzaifah.
Tetapi malangnya, baju berwarna putih yang dihiasi dengan taburan manik dan lace yang telah diterima itu dipenuhi kesan kotoran dan 'tahi lalat'.

Nurul Fatihah Nasir yang merupakan rakan kepada Wan Huzaifah menerusi postingnya di kumpulan Preloved Barang Pelamin dan Baju Pengantin itu menyatakan rasa kesal terhadap sikap penjual berkenaan yang tidak jujur.

"Maaf menganggu. Patut ke jual prelove mcm ni. Agak2 laaa... Dalam gambar bukan main cantik tapi bila sampai macam apa entah. Jeragat. Kesan lencu pon ada.. Bila ws terus block. owner pon dah pandai padam post dia. Bila mintak refund duit. Dia block dah. Kita pulak yg makngaa tak ingat nama facebook dia," luah Nurul Fatihah menerusi laman Facebook.

Wan Huzaifah yang berasal dari Kuala Terengganu itu cuba mendapatkan semula penjual berkenaan namun penjual tersebut bertindak 'block' di Whatsapp dan sengaja tidak mengangkat panggilan.  

Paparan skrin Whatsapp menunjukkan perbualan antara Wan Huzaifah dan penjual berkenaan.
Selain itu, rata-rata pengguna Facebook mengkritik tindakan penjual tersebut yang berani menipu pelanggan dan tidak jujur.

Kasihan pada bakal pengantin ini yang baru sahaja ingin meraikan hari bahagianya namun terpaksa berhadapan dengan dugaan sebegini. Semoga terus kuat!

Sumber: Facebook Nurul Fatihah Nasir

0 Comments