Bayar RM560 tapi satu barang pun tidak sampai ke tangan, ditipu peniaga online

Penjual berkenaan memberikan salinan ic miliknya sebagai bukti 'tidak menipu'.
Zaman teknologi yang serba canggih kini mudah untuk melakukan urusan jual beli dan hanya di hujung jari sahaja.

Namun di sebalik kecanggihan tersebut, sebahagian penjual online mengambil kesempatan menipu pembeli demi keuntungan mereka sendiri.

Akibatnya, kerugian terpaksa dialami oleh pembeli berkenaan.

Demikian yang dialami oleh pemuda yang berasal dari Muar,Johor ini selepas barang yang dibeli secara online tidak sampai ke tangannya.

Maaf admin, tumpang iklan. Ada tak siapa kenal saudara ini Mohd Faiz dia tidak post barang saya. Duit dah transfer tetapi handphone off, whatsapp kena block. Dia duduk di Raub kerja electrical services. Mohon tuan/puan dapat hubungi saya..," tulis azmi menerusi posting berkenaan.

Menerusi posting yang dikongsi Azmi A. Rahim di kumpulan Penduduk Raub di laman Facebook, Azmi akui dirinya ditipu oleh salah seorang penjual menerusi laman web jual beli terkenal di Malaysia.
Perbualan melalui aplikasi Whatsapp antara Azmi dan penjual online berkenaan.
Pemuda berusia 38 tahun ini berurusan dengan penjual yang dikatakan berasal dari Raub, Pahang itu   melalui aplikasi Whatsapp dan melakukan transaksi jual beli barang berkenaan pada 7 Ogos lalu.

Pembayaran penuh juga telah dilakukan untuk membeli kamera DSLR (second-hand) tersebut dengan harga berjumlah RM560.

"Awal-awal risau juga nak transfer duit tetapi penjual itu ada cakap tak bagi anak bini makan duit haram dan daripada situ saya yakin la..


Transaksi pembeliaanberjumlah RM560 dilakukan Azmi pada akaun bank penjual berkenaan.
Namun, nasib tidak menyebelahi dirinya selepas ditipu penjual terbabit dan sehingga kini penjual berkenaan tidak dapat dikesan serta gagal dihubungi oleh Azmi.

Azmi telah membuat laporan polis dan masih dalam siasatan.

Hm kasihan pada pembeli yang terbabit dan janganlah kita sesekali menganiaya orang lain.. Bukan lah sesuatu perkara yang baik untuk diri dan berniaga secara jujur serta ikhlas.

Sumber: Facebook Hamzah Haikal Hamzahhaikal 

1 Comments

  1. Since no hp Ada, acc bank pn ada & salinan ic pn ada, rasanya phk polis dah blh trace.

    ReplyDelete