Bayi comel usia lima hari dilahirkan otak di luar tempurung kepala

Keadaan adik Nur Annisa yang baru berusia lima hari.
Kehadiran cahaya mata ternyata memberi sinar kebahagiaan buat pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. 

Namun pasangan suami isteri ini, Norwati Saad, 35 dan Zaki Rosly, 40, terpaksa menempuh dugaan apabila satu-satunya anak perempuan mereka yang berusia lima hari telah menghidap penyakit Anencephaly.

Menurut perkongsian yang dikongsi oleh Aaisyahanne Ahmad menerusi Facebook, bayi comel bernama Nur Annisa Zaki telah mengalami masalah kesihatan yang agak kronik apabila keadaan otaknya berada di luar tempurung kepala.

"Baby NUR ANNISA BINTI ZAKI mengalami masalah kesihatan yang agak kronik..Tiada tisu kepala, otak isinya terkeluar dan juga jantung berlubang.. juga masalah sumbing lelangit dalam mulut..," tulis Aaisyahanne Ahmad di laman Facebook miliknya.

Keadaan adik Nur Annisa ketika dilawat oleh ahli parlimen Masjid Tanah. Foto: Facebook Parlimen Masjid Tanah
Dalam pada itu, perkongsian yang dimuatnaik Aaisyahanne Ahmad akhirnya mendapat perhatian ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin yang telah berkesempatan melawat Nur Anissa di Kampung Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka pada 9 Ogos lalu.

Sama-sama kita doakan kesihatan buat adik Nur Annisa Zaki dan semoga pasangan Zaki dan Norwati kuat menghadapi ujian ini. 

Maklumat berkaitan bagi sesiapa yang ingin melakukan sumbangan buat adik Nur Annisa Zaki
Bagi sesiapa yang ingin memberi sumbangan buat adik Nur Annisa Zaki, boleh salurkan sumbangan anda kepada Zaki Bin Rosly: 0411729000088130 (BSN) atau boleh hubunginya melalui talian 014-2320941/011-61673662 (Watie)

Sumber: Facebook Aaisyahanne Ahmad 

0 Comments