Demi niat berkahwin, pemuda ini sanggup bekerja 16 jam sehari

niat ingin berkahwin
Syafieq sanggup bekerja 16 jam sebagai penghantar makanan demi niat ingin berkahwin.
Bekerja melebihi satu pekerjaan bukan lah sesuatu yang mudah namun bagi merealisasikan sesuatu impian tersebut, segala kesusahan dan penat lelah pasti akan hilang dengan sekelip mata. 

Demi menghalalkan gadis pilihan hatinya, pemuda yang berusia 23 tahun ini sanggup bertungkus lumus bekerja selama 16jam menjadi seorang penghantar makanan segera, McDonald dan GrabFood. Bukan biasa-biasa ya!

"8 jam rider mcd, 6 jam rider grabfood. Doakan aku dapat menghalalkan gadis pilihan aku tahun depan guys," tulis pemuda ini menerusi postingnya di Twitter.

Muhammad Amirul Syafieq atau mesra dengan panggilan Syafieq memberitahu, dia melakukan penghantaran makanan bermula hari Isnin hingga Khamis serta sabtu dan ahad. Manakala Jumaat pula harinya untuk berehat. 

Syafieq bekas pemain bola sepak pasukan negeri Selangor.
Selain menjadi penghantar makanan, Syafieq menjadi jurulatih bola sepak untuk kanak-kanak bawah 10 tahun di Seksyen 19, Shah Alam. Selepas tamat latihan, dia akan mula menyambung kerja menghantar makanan.

Tambah Syafieq, dahulunya dia merupakan pemain bola sepak bagi pasukan negeri Selangor.

"Saya dulu main bola untuk pasukan selangor bawah 19,21. Selepas itu, saya main untuk team Kuala Lumpur, lepas main team KL, saya main team DBKL. Sekarang saya hanya main bola untuk hobi dan bukan lagi kerjaya.

Selain itu, netizen memberikan kata-kata semangat buat Syafieq dan teruja dengan sikap rajinnya mencari rezeki demi ingin berkahwin dengan gadis pihannya.

Syafieq akui teman wanitanya penguat semangat buat dirinya.
Posting yang dikongsi oleh Syafieq di laman Twitternya @syafieqisa meraih lebih 24,900 retweets dan 34,600 likes.

Semoga ia menjadi inspirasi kepada semua kaum adam di luar sana ye!

Sumber: Twitter Amirul Syafieq

0 Comments