'Dik ikan masin 3 bungkus RM10,' pak cik ini sanggup berpanas menjual demi isteri sakit


Tanggungjawab sebagai seorang suami bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi apabila mencari rezeki sesuap nasi buat sekeluarga.

Dengan harga RM10 untuk tiga bungkus ikan masin, warga emas ini sanggup berpanas menjual ikan masin demi isterinya yang sedang terlantar sakit. 

Posting yang dimuat naik Aina Wardina di laman Twitter mengenai warga emas berkenaan ternyata menyentuh emosi netizen.

Posting yang dimuatnaik Aina Wardina menerusi akaun Twitternya.
Menurut Aina Wardina, setiap hari warga emas ini pasti akan berada di Dataran Pahlawan, Melaka.

"Cara pak cik ini memang nampak agak garang tetapi dia memang baik. Dia jerit-jerit itu mungkin sebab dia penat ke hulu dan ke hilir.

Aina Wardina berkongsi kisahnya bertemu dengan warga emas tersebut selepas dia melibatkan diri dalam Fun Run Merdeka di Dataran Pahlawan, Melaka.

Ketika Aina bersama rakan-rakannya sedang berehat selepas penat berlari, warga emas berkenaan datang menghampiri mereka untuk menjual ikan masin teersebut. 

Aina Wardina (tudung ungu) bersama duaorang rakannya menyertai Fun Run Merdeka baru-baru ini.
"Aku pun macam tak terdetik nak beli sebab aku bukan makan ikan masin sangat dan kat tempat kiteorang tak boleh masuk pastu aku fikir cara lain.

"Aku tanya pak cik itu, boleh tak kalau beli satu sahaja? Then dia kata boleh RM4 je. Masatu kawan aku yang nak beli sebab dia tak sampai hati nak tengok pak cik itu. 

"Then pak cik itu kata kalau boleh tolonglah dia, viralkan ke. Then masa itu lah aku terfikir nak tolong dia dengan cara viral," tulis Aina Wardina menerusi posting di laman Twitter miliknya. 

Salah seorang netizen berkongsi nombor akaun warga emas tersebut menerusi komen di posting Aina Wardina.
Sementara itu, rata-rata netizen berkongsi pengalaman melihat warga emas berkenaan di sekitar Melaka dan bersimpati atas nasib yang dialaminya.

Salah seorang netizen turut memberitahu warga emas tersebut telah lama kelihatan di sekitar Melaka sejak tahun 2012 dengan hanya menjual ikan masin sahaja. 

Sumber: Twitter Aina Wardina 

0 Comments