Gara-gara seekor ikan, dua jutawan kosmetik popular 'bergaduh'

Vida, Aliff Syukri
Gara-gara seekor ikan, dua jutawan kosmetik popular 'bergaduh manja'. 
Gara-gara seekor ikan, dua jutawan kosmetik popular ini menjadi perhatian netizen di Twitter selepas perbualan mereka menerusi siaran langsung Instagram telah tular baru-baru ini.

Datuk Seri Vida dan Datuk Aliff Syukri dilihat 'bergaduh manja' disebabkan hanya seekor ikan sahaja.

"Masalahnya siapa beli ikan dulu? Datuk Seri Vida ke saya dulu?," kata Aliff Syukri kepada Vida.

Namun, Vida terus membalas.

"Saya dulu, saya dulu, saya dulu, saya dulu," 


"Eh saya bela dulu,"kata Aliff Syukri.


Vida, Aliff Syukri
Posting video berkenaan viral di Twitter baru-baru ini.
Posting video perbualan antara Vida dan Aliff Syukri yang dimuat naik salah seorang netizen di Twitter ternyata membuatkan ramai netizen terhibur malah ada sebahagian yang menyifatkan sikap dua jutawan kosmetik berkenaan seperti 'budak sekolah'.

Posting tersebut menerusi Twitter @feeqanadia meraih sehingga 3,509 retweets dan 2,292 likes.


"Bestnya jadi orang kaya, Tak payah fikir masalah duit lalu bergaduh masalah siapa bela ikan dulu. I stan," luah salah seorang netizen di ruangan komen Twitter.



"Harga ikan sekor 1k, nak jual balik tak laku, datuk pi masak pastu makan kenyang-kenyang,"tulis netizen lagi.



0 Comments