Tak sanggup lihat keadaan kucing yang menyayat hati, remaja ini tekad tanam sendiri

Irfan bertindak menanam kucing tersebut di kawasan berhampiran rumahnya.
Kucing dilihat sebagai salah seekor haiwan yang sangat comel dan mudah dibela.

Namun tidak semua yang mampu bertindak seperti remaja ini yang sanggup berhenti di tepi jalan selepas melihat bangkai kucing yang telah mati dilanggar kenderaan lalu membawa pulang ke rumah untuk ditanam. 

Sikap remaja ini yang dikenali sebagai Irfan Razak, menunjukkan masih wujud sikap berperikemanusiaan di kalangan masyarakat hari ini.

Baginya, dia tidak sanggup melihat keadaan haiwan yang menyayat hati itu dan terus membantu haiwan comel itu untuk ditanam dengan sempurna.

Beberapa netizen yang memuji tindakan Irfan melalui ruangan komen di Twitter.
Irfan juga beranggapan melakukan kebaikan terhadap haiwan adalah sesuatu perkara yang baik dan mudah mendapat pahala. 

"Kepada manusia di luar sana, tolong lah kalau nampak kucing mati itu, ambil dan angkat dia letak di tepi kalau malas sangat nak tanam. Kalau tanam lagi bagus dapat pahala free je, bukan kena bayar pun," ujarnya melalui postingnya di Twitter. 

Selain itu, posting milik Irfan di Twitter menarik perhatian netizen yang boleh dijadikan contoh kepada semua agar sentiasa bersikap berperikemanusiaan terhadap haiwan. 

Posting tersebut meraih hampir 1,400 retweets dan 2,000 likes.

Kebanyakkan netizen memuji tindakan Irfan tersebut yang dilihat dapat meningkatkan kesedaran kepada orang ramai.

Tidak salah jika kita berbuat baik kepada makhluk seperti haiwan kerana manusia dan haiwan juga menumpang di bumi yang sama, tidak begitu?

Sumber: Twitter Irfan Razakkk

0 Comments