Luahan hati ibu buat arwah anaknya... ternyata meruntun hati

Luahan hati ibu buat arwah anaknya... ternyata meruntun hati
Luahan Anna menerusi instagram ternyata meruntun hati netizen.

Rintihan seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anaknya lima bulan lalu menerusi Instagram ternyata meruntun hati bagi sesiapa yang telah membacanya.

Anna Davis kehilangan anak lelakinya yang baru sahaja menginjak usia empat  tahun pada Mac lalu kerana tercekik bouncy ball sebelum meninggal di tangan ibunya beberapa saat selepas itu.

Anna telah menulis sebuah kisah yang menyayat hati mengenai kesukaran hidupnya selepas anak lelakinya, Alby meninggal akibat tertelan bola.

Ibu ini tidak menyangka sambutan meriah hari kelahiran anaknya yang ke-empat tahun itu bertukar menjadi satu tragedi buat Anna sekeluarga.

Anna yang sedang mengandung ketika itu, menjelaskan bagaimana dia berusaha untuk menyelamatkan Alby namun usahanya gagal.

Menceritakan tentang kehidupannya selepas kehilangan Alby, Anna berkongsi luahan hatinya menerusi posting di Instagram tentang kehidupannya yang kini penuh kedukaan dan sunyi tanpa anaknya di sisi.

"Waktu berjalan seperti biasa namun kami merasai pemergian Alby apabila setiap hari akan ada waktu-waktunya yang menggangu emosi kami dan membuatkan kami berfikir kehidupan perlu  diteruskan selepas ini tanpa Alby," luah Anna menerusi laman Instagram miliknya.

Luahan hati ibu buat arwah anaknya... ternyata meruntun hati
Berita yang telah melaporkan insiden Alby tercekik bouncy ball ketika sambutan hari lahirnya yang ke-empat tahun.
Anna menceritakan perasaan sedihnya apabila adik kepada Alby, Arce sering bertanya keberadaan abangnya 

Malah, bunyi siren ambulans juga adalah sesuatu yang sukar buat Anna

"Melihat Sage, Acre dan Arnchem gelak bermain bersama, sudah pastinya Alby akan gembira untuk sertai mereka.

"Sukar untuk percaya selepas ini tiada harapan buat Anna sekeluarga untuk bertemu dan melihat Alby di hadapan mata.

"Mengucapkan selamat malam kepada Arce yang tidur di atas katil Alby, amat meruntun hati.

"Melihat kanak-kanak lain membesar, berubah dan berkembang, amat sukar buatku.

Luahan hati ibu buat arwah anaknya... ternyata meruntun hati
Alby meninggal pada usianya yang baru menginjak umur empat tahun.
"Melihat suami sedih kerana anak amat memilukan. Pandangan orang luar apabila mereka melihat kami, juga menyedihkan.

"Melihat orang lain merungut tentang anak mereka ianya sukar bagi kami. Tinggal bersendiri dengan anak-anak amat sukar.

"Menerima kad peduli sihat dengan nama Alby dibuang amat sukar.

Betapa "sukarnya" bagi Anna sekeluarga untuk menerima sebahagian perkara daripada kehidupan keluarganya yang sekarang ini.

Apabila Anna melihat bouncy ball dijual di kedai membuatkan dia teringat akan peristiwa yang memilukan itu dan sering teringat-ingat Alby yang kini mungkin semakin membesar dengan sihat.

Anna masih berada dalam keadaan trauma jika sesuatu berlaku pada anaknya yang lain. Setiap kali anaknya, Acre batuk, beliau akan pastikan bahawa anaknya dalam keadaan yang baik.

Sumber: Mirror UK 

0 Comments