Nak rumah sentiasa bersih dan kemas? Buang 10 barang ini secepat mungkin!

Stoking berlubang pun perlu dibuang segera.
Sebuah rumah yang bersih pasti menjanjikan suasana yang tenang dan damai.

Sebahagian barang tidak semestinya berharga untuk disimpan seperti pakaian dan kasut yang lama.

Begitu juga dengan peralatan seperti span dan berus gigi yang kerap diguna perlu ditukar ganti dengan baharu.

Ini senarai 10 barang yang anda sepatutnya buang dengan segera.

Penggantung Dawai.
1) Penggantung dawai

Penggantung dawai murah tidak sesuai untuk pakaian anda. Hal ini kerana ia akan menjejaskan kualiti kain baju danmudah karat. Untuk lebih selamat, pilih penggantung baju yang diperbuat daripada kayu atau plastik.

Kasut lama.
2) Kasut lama

Kebiasaannya kasut selalu penuh dalam rak kasut kan? Apa kata anda cuba pilih semula kasut yang hendak dipakai atau tidak lagi mahu digunakan. Kalau kasut dah lama dan tapaknya pun sudah haus, tidak mungkin anda akan terus memakainya. Jadi,apa tunggu lagi?

Pakaian lama/tidak pernah dipakai.
3) Pakaian lama/tidak pernah dipakai

Cara terbaik adalah dengan mendermakan pakaian tersebut kepada sesiapa yang memerlukan. Pastikan pakaian itu dalam keadaan yang elok dan tidak rosak. Derma secara ikhlas okay!

Alat mainan.
4) Alat Mainan lama

Alat mainan kadang kalanya agak mahal. Jika ahli keluarga anda sudah tidak menggunakannya, anda boleh berikan ia kepada saudara mara yang mempunyai anak kecil.

Alat solek.
5) Alat solek 'expired'

Tak mungkin anda akan menggunakan alat solek yang sudah tamat tempoh. Begitu juga dengan sampel alat solek yang tidak digunakan lagi.

Ubat.
6) Ubat yang tamat tempoh

Tidak, anda tidak memerlukan kapsul Motrin yang sudah tamat tempoh pada tahun 2015.

Dan pastikan anda tidak membuangnya ke dalam tong sampah. Ada cara-cara untuk membuangnya, boleh Google ya!

Berus gigi.
7) Berus gigi

Anda perlu tukar berus gigi setiap bulan. Jangan tunggu sampai berusnya rosak ya!

Peti sejuk.
8) Barang dalam peti sejuk

Kebanyakkan barang-barang di dalam peti sejuk ada yang tidak boleh digunakan lagi. Jangan terus simpan sehingga barang tersebut bertukar warna dan busuk. Buang terus di dalam tong sampah. Gunakan beg plastik sebagai sarung tangan jika perlu.

Span pembersih pinggan.
9) Span pembersih pinggan

Span pembersih pinggan salah satu tempat pembiakan yang sempurna untuk bakteria. Basuh ia dengan lebih kerap dan gantikannya setiap dua minggu.

Kad perniagaan.
10) Kad perniagaan lama

Tiada siapa yang memerlukan kad perniagaan anda untuk sebuah syarikat yang anda bekerja selama lima tahun yang lalu atau pekerjaan anda sebelum ini di syarikat tersebut.

Sumber: MSN

Baca lagi: Perempuan pemalas mudah kaya, lebih kreatif!

Baca lagi: Tak sanggup lihat keadaan kucing yang menyayat hati, remaja ini tekad tanam sendiri

0 Comments