![]() |
Penyanyi Adele mempunyai pipi yang tembam. Foto: Cinefog |
Gadis-gadis zaman kini kurang tertarik untuk mempunyai pipi yang tembam dan lebih memilih untuk mempunyai wajah yang tirus dan langsing untuk sentiasa kelihatan cantik.
Namun, ramai yang tidak tahu sebenarnya memiliki pipi tembam mempunyai kelebihannya yang tersendiri termasuklah mampu menarik perhatian lelaki. Menurut kajian, seseorang yang memiliki pipi tembam seharusnya bangga dengan keistimewaan yang dimiliki oleh mereka sendiri.
Perempuan Pipi Tembam Tarik Perhatian Lelaki, Lebih Muda dan Lambat Tua
1) Kelihatan lebih muda
Keturunan adalah salah satu faktor untuk seseorang memiliki pipi tembam. Jika kita lihat ibu bapa yang memiliki pipi tembam, sudah pasti anak-anak juga mewarisi kelebihan tersebut.
Bukan itu sahaja, ibu bapa berpipi tembam juga kelihatan lebih muda dari usia sebenar mereka.
![]() |
Wanita memiliki pipi yang tembam kelihatan lebih muda dari usianya. Foto: NST |
2) Melambatkan penuaan
Mungkin ramai yang masih tidak berminat untuk memiliki pipi tembam namun, jika mereka mengetahui keistimewaannya iaitu lambat penuaan, sudah tentu ramai yang mengimpikannya.
Pipi tembam boleh melambatkan penuaan disebabkan pipi yang penuh dan bulat. Malah, kesan kedutan juga tidak kelihatan dan tersembunyi berbanding wajah yang lebih tirus.
3) Lebih kelihatan feminim
Menurut kajian, memiliki pipi yang tembam menarik perhatian lelaki kerana mereka lebih gemar kepada wanita yang memiliki pipi yang montel dan tembam kerana lebih nampak feminim serta comel.
![]() |
Memilik pipi yang tembam lebih nampak feminim dan menarik perhatian kaum lelaki. Foto: SHEmagazine |
4) Mudah didekati
Siapa sangka wanita berpipi tembam mempunyai sifat yang mudah mesra dan sikap ramah membuatkan diri mereka mudah didekati oleh semua orang.
Mengikut logik akal, wanita yang memiliki pipi tembam nampak lebih sopan dan lemah lembut.
5) Pandai menyembunyikan emosi
Kebiasaannya apabila seseorang mempunyai masalah, riak wajahnya sudah cukup untuk kita mengetahui emosinya yang sedang dialami.
Namun bagi wanita yang memiliki pipi yang tembam, mereka lebih kelihatan akan natural secara semulajadi dan ceria setiap masa.
Walaupun mereka tidak melemparkan senyuman, dari jauh orang lain lihat mereka comel dan manis sekali.
![]() |
Mudah dikenali oleh semua. Foto: Tollyboost |
6) Mudah dikenali
Sekali pandang sahaja, wanita yang berpipi tembam mudah dikenali.
Menurut sains, kita akan mudah mengenali seseorang itu dari karakter ataupun dari bentuk wajah seperti babyface.
Oleh itu, bagi setiap wanita yang memiliki pipi yang tembam tidak seharusnya kecewa dan mereka sepatutnya lebih bangga dengan mempunyai wajah sedemikian. Nampak muda dan berseri-seri!
0 Comments