Saiz pinggang dari 5XL ke 34 inci, lelaki ini dinobatkan 'Man Slimming World of the Year'

Man Slimming World of the Year
Muscroft dinobatkan sebagai Man Slimming World of the Year selepas berhasil mendapatkan saiz pinggang 34 inci dari saiz 5XL.
Perjalanan ke Tembok Besar China membuatkan lelaki ini menyedari bahawa dia tidak mampu mengecilkan skala saiz badannya yang ketika itu bersaiz 5XL. 

Dikenali sebagai Ben Muscroft, 42, yang dahulunya menanggung berat badan anggaran sekitar 175 kilogram pernah melalui pengalaman yang sungguh memalukan apabila dia terpaksa memohon tali pinggang bersaiz lebar ketika berada di dalam pesawat.

Muscroft berkata perjalanannya ke negara China pada tahun 2012 untuk bertemu abangnya adalah satu pengalaman yang mencabar.

Lebih menyedihkan apabila dulang makanan di bahagian tempat duduknya juga gagal diturunkan membuatkan pengalaman sepanjang penerbangan tersebut bukan lah sesuatu perkara yang baik buatnya.

Selepas terpaksa melalui detik memalukan itu, Muscroft mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu perubahan pada dirinya dan mula melibatkan diri dalam kumpulan World Slimming berhampiran kediamannya di Hillsborough, Sheffield. 

Muscoft telah dinobatkan sebagai Man Slimming World of the Year
Akhirnya, Muscroft telah dinobatkan sebagai Man Slimming World of the Year selepas berhasil mendapatkan saiz pinggang 34 inci dari saiz 5XL.

Dan selepas bertemu teman wanita baru iaitu Karen Parker, di kelas pelangsingan, mereka merancang untuk pergi ke China bersama-sama sehingga dia dapat mengatasi cabaran berjalan di Tembok Besar sekali lagi.

"Saya berasa tidak sesuai untuk menjalankan apa-apa perkara yang membuatkan saya benar-benar menyesal," katanya.

Berat badan Muscroft telah naik mendadak apabila dia sering kali makan makanan seperti bacon, sosej dan telur sandwich untuk sarapan pagi, ikan dan kentang goreng untuk makan tengah hari, spaghetti bolognese atau pizza pada waktu makan malam bersama dengan tin cider atau dua botol wain.

"Sebelum saya kehilangan berat badan, kehidupan saya agak sukar kerana tidak mampu berjalan selama lebih daripada lima minit," katanya.

"Saya juga tidak dapat tidur selesa di tempat tidur sendiri."

Muscoft menyedari bahawa dia tidak mampu mengecilkan skala saiz badannya yang ketika itu bersaiz 5XL. 
Muscroft yang pernah berlawan perasaan untuk berjalan lebih lama daripada lima minit, turut memberitahu dirinya tidak pernah bermimpi untuk menemui sesiapa untuk bersama dengannya kerana keadaan badannya yang sebegitu. 

Namun selepas dia berjaya  menurunkan berat badan dan sekaligus diiktiraf sebagai Man Slimming World of the Year , Muscroft kini berharap dapat kembali ke China pada tahun hadapan dengan teman wanita barunya, Karen Parker, 52, untuk mengatasi Tembok Besar China bersama.

Selain itu, buah-buahan dan yogurt semulajadi adalah makanan rutin harian buat Muscroft dan hidangan ayam yang dimasak sendiri.

Muscroft juga mengamalkan senaman dan minat melakukan aktiviti tinju serta yoga.

Dia juga berhasil  melakukan larian maraton dalam masa satu jam dan 50 minit.

Menggambarkan perjalanan hidupnya yang pernah mengalami proses menurunkan berat badan, ia adalah satu keputusan terbaik yang dibuat oleh Muscroft dan berkata: 

"Ia bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan sahaja malah membebaskan diri untuk melakukan semua perkara yang terbatas sebelum ini.

Sumber: Mirror UK

0 Comments