Sambal Udang Petai, pedas dan sedap!

Dah nak hampir hujung minggu ini, mesti rasa nak masak yang simple je kan? Jom cuba resipi Sambal Udang Petai kegemaran ramai ini. Sedap dan pedas!

sambal udang petai
Sambal udang kegemaran ramai, sedapnya!

Bahan-bahan:

4 keping petai
1 cawan udang saiz sederhana
3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Sedikit air
Sedikit belacan (jika suka)

Cara-cara:

-  Biji petai di keluarkan dari kulitnya dan di hiris ikut suka,   Udang di pisahkan  dari kepala dan ekornya serta di bersihkan.  Bawang merah dan bawang putih di tumbuk atau di cincang halus. Bawang besar di hiris nipis.

- Tumiskan bahan yang di tumbuk di dalam kuali bersama sedikit minyak. Bila bahan tumbuk dah wangi dan kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sehingga cili giling hampir garing. 

- Masukkan sedikit air dan pes asam jawa. Jika nk letak belacan, hancurkan dan masukkan sekali. Kacau sehingga hampir kering. 

-  Masukkan bawang besar, petai dan dan udang. Kacau hingga petai dan udang bertukar warna dan masak. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sehingga semua bahan bergaul sebati. 

- Tutup api dan bolehlah di hidangkan untuk juadah tengahari dan malam.

0 Comments