![]() |
Siti Aisyah berpendapat penulisan jawi dan khat wajib diterapkan pada setiap individu di Malaysia. |
Negara Malaysia yang majoritinya mempunyai kaum melayu telah lama mempraktikkan penulisan khat dan jawi dari sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi.
Acap kali mungkin kita tidak sedar, penggunaan penulisan khat dan jawi semakin hampir dilupakan oleh generasi masa kini.
Lebih mengejutkan lagi apabila ada juga bangsa melayu yang masih tidak tahu bagaimana ingin menulis tulisan jawi dan khat.
Melalui penglibatan program Asian Student Environment Platform (ASEP) di Kemboja, ia telah membuka mata gadis ini atau mesra dengan panggilan Siti Aisyah Zainal mengenai identiti negara Malaysia yang sebenar selepas berkongsi cerita mengenai budaya dan bahasa bersama rakan-rakan dari 10 buah negara.
10 buah negara termasuk Cambodia,China,Indonesia,Japan, Malaysia,Myanmar,Philippines,South Korea,Thailand,Vietnam.
![]() |
Siti Aisyah berkongsi pengalaman melibatkan diri melalui Program ASEP di Kemboja. Foto: Twitter Aisyah Zainal |
"Aku tulis 'Siti Aisyah'.
"Ohh just like that? Same like English? mereka bertanya.
"Yelah sebab negara China ada tulisan diorang. Vietnam ada. Mostly yang lain ada. Sampai dekat aku, aku tanya kat diri aku.
"Haah, apa identiti negara aku eh?
Persoalan itu membuatkan Aisyah terpana dan baginya, penulisan jawi dan khat wajib diterapkan pada setiap individu di Malaysia.
Luahan hati gadis ini melalui postingnya di Twitter sedikit sebanyak telah membuatkan kita sedar bahawa 'di manakah identiti melayu yang sebenar?'
"Kenapa aku orang melayu, tinggal dekat Malaysia (asalnya Tanah Melayu).. takde identiti yang melambangkan bangsa aku dalam tulisan?
"Why orang lain ada? Walaupun diorang Malaysia, tapi still kalau Chinese ada Mandarin etc, India di Malaysia ada Tamil. Kenapa aku yang Melayu ni tak ada apa-apa?"
"In a minute, aku tersedar.. Aku tatap gambar ini.
"Selama ini kita diasuh untuk melupakan siapa kita di tanah sendiri atas sebab menghormati. Aku cuma nak tulisan Jawi dan Khat diangkat martabatnya semula dan ditanam dalam setiap individu yang bergelar Warganegara.
Marilah kita bersama-sama mengangkat martabat penulisan jawi dan khat demi mengekalkan identiti bangsa melayu serta agama Islam di mata dunia.
Baca lagi: Kondom perisa Rendang mula dijual di kedai berhampiran anda
Baca lagi: 'Nasi Paku' satukan dua bangsa
0 Comments