Bangsa cina tunjuk minat, sanggup belajar menulis seni tulisan khat


Seni tulisan khat merupakan kaligrafi yang terkenal sejak dahulu kala dan mempunyai keunikannya yang tersendiri

Tidak hairanlah apabila bangsa lain seperti cina dan india juga turut menggemari tulisan khat malah mereka juga berusaha mempelajari seni tulisan khat dengan dorongan tenaga pengajar mereka.

Terbaharu, salah seorang penggiat seni khat di Malaysia, Abu Hazieq yang juga merupakan pengajar sambilan di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang berkongsi pengalaman mengajar anak muridnya yang rata-rata daripada bangsa cina mengikuti kursus Seni Khat pada setiap semester.

Bilangan pelajar cina semakin bertambah pada setiap semester membuatkan Abu Hazieq sentiasa mengalu-alukan kehadiran mereka untuk menjadi pelajarnya.

'Saya selalu tanya mereka yang mengambil kursus Seni Khat ini, "adakah anda tersilap memilih kursus atau kenapa???"..Bahkan mereka menjawab, "kami sendiri yang ingin mempelajari Seni Khat ini". Dan ada yang mengatakan tulisan khat ini sangat unik dan berseni.

'Dan gambar ini membuktikan, hasil tulisan mereka pun sangat cantik dan dapat menyaingi hasil tulisan pelajar-pelajar saya dari bangsa Melayu...'


Salah seorang pelajar USM sedang tekun menulis tulisan khat.

Antara tulisan khat yang ditulis oleh pelajar-pelajar USM.

Sementara itu,posting yang dimuat naik Abu Hazieq di laman Facebooknya telah menarik perhatian netizen sehingga menerima hampir 12,000 perkongsian dan 6,600 komen.

Hasil tulisan tangan pelajar-pelajar ini ternyata sungguh cantik dan kemas!

Sumber: Facebook Abu Hazieq

0 Comments