![]() |
Foto: Independent Digital News & Media Limited |
Louise Signore yang lahir di Harlem pada 1912, meraikan hari jadinya pada Rabu lalu di Pusat Komuniti Bartow, bandar Coop yg dihadiri oleh 100 orang tetamu.
Ketika ditemuramah oleh CBS, Signore mendedahkan beberapa tips untuk mempunyai umur yang panjang termasuk menari, bermain bingo dan makan makanan Itali.
"Saya bersenam.
"Saya juga masih menari sedikit dan selepas makan tengah hari, saya bermain Bingo".
"Saya juga masih menari sedikit dan selepas makan tengah hari, saya bermain Bingo".
Signore menjelaskan kehidupan solonya itu telah membawa kepada umurnya yang panjang sehingga menjangkau usia 107 tahun.
"Saya merasakan rahsia untuk menjangkau usia 107 tahun... adalah dengan tidak pernah berkahwin", katanya dengan bersahaja.
Tambahnya, dia memberitahu adiknya juga berharap untuk tidak berkahwin agar umur panjang.
![]() |
Diet Mediterranean yang diamalkan oleh Signore. |
Kehidupan mempunyai umur yang panjang sepertinya telah menjadi perkara biasa buat keluarga Signore kerana adiknya kini berumur 102 tahun dan ibunya meninggal dunia pada umur 97 tahun.
Wanita yang berasal dari Itali ini juga memilih untuk makan makanan Itali kerana khasiat yang bagus.
Faedah mengamalkan diet Mediterranean kaya dengan ikan, minyak zaitun, sayur-sayuran, bijirin, daging dan makanan tenusu yang rendah lemak.
Diet Mediterranean mampu menurunkan risiko penyakit jantung, mencegah kemurungan dan mengurangkan risiko penyakit kepada warga emas.
Sumber: MSN

0 Comments