Sering mengantuk? Jaga-jaga dengan gejala Hipersomnia!


Pernah tak anda mengalami masalah mengantuk yang berpanjangan? Dah tidur secukupnya pada waktu malam tetapi masih mengantuk lagi pada waktu siangnya. Mesti terganggu kerja-kerja anda pada siang hari.

Jaga-jaga ya... anda mungkin salah seorang yang mempunyai simptom hipersomnia.

Apa itu Hipersomnia?

Hipersomnia merupakan satu gejala di mana anda akan mengalami simptom mengantuk berlebihan. Mengantuk yang berlebihan or excessive sleepiness ini disebabkan anda mempunyai tidur yang berlebihan pada waktu malam atau dalam keadaan lain, mempunyai waktu tidur yg berlebihan pada siang hari.

Berdasarkan World Sleep Foundation, ada tiga jenis hipersomnia iaitu: • Hipersomnia berulang

Anda akan merasa mengantuk secara berulang dan kadang-kadang memerlukan hampir 16-20 jam sehari waktu tidur. Bila bangun tidur mengikut jam yang ditetapkan, anda masih tidak hilang rasa mengantuk tersebut.

• Idiopatik

Situasi yang sama seperti hipersomnia berulang, cuma keadaan memerlukan tidur dan anda aka senriasa mengantuk pada setiap hari.

• Post trauma

Ini berlaku kepada sesiapa yang pernah melalui tragedi seperti kemalangan atau kecederaan kepala. Mereka mungkin memerlukan tidur yang lebih lama tetapi jangan risau, post trauma selalunya akan hilang selepas beberapa minggu.

Sumber: Twitter FlewPillow via World Sleep Foundation

0 Comments