Si ibu redha pemergiaan anak sulungnya di pagi hari raya Aidiladha


Pemergiaan insan tersayang pasti membuatkan orang-orang di sekeliling terasa kehilangannya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

Namun, keredhaan seorang ibu ini terhadap pemergiaan anak sulungnya ternyata menyentuh emosi netizen baru-baru ini.

Bismillahirahmanirahim..

Harini baru ada masa utk mencoret kenangan buat Ahmad Sayyid.

Nama Sayyid diberi kerana mimpi ada tangan yg menulis nama tu masa tengah mengandungkan dia. Masa tu belum tahu jantina dia lagi.


Mami nekad mahukan nama Sayyid yang bererti Penghulu/ Ketua walaupun abahnya nak nama lain. Sesuai la Penghulu untuk anak sulung kan.


Saidah Malihah berkongsi kisah pemergiaan anak sulungnya yang telah dijemput ilahi pada pagi Hari Raya Pertama Aidiladha melalui posting di Facebook ternyata meruntun hati netizen.

Melalui posting berkenaan, Saidah Malihah menceritakan suaminya didatangi mimpi anak sulung mereka yang berhasrat ingin mencium adiknya yang sedang tidur. 

Sayyid telah meninggal dunia pada pagi hari raya Aidiladha.
8 Ogos 2019, Khamis

Abah Sayyid mimpi Sayyid bangun dari tidur, jalan keluar dari bilik (Sayyid dah tak boleh jalan sbnrnya sbb kaki sakit) utk cium adiknya yg sedang tidur. Dan cakap ngn abahnya, dia nak pergi keluar, tapi ada benda yg halang dia. Tapi takpelah, lain kali je lah. Nanti abah tolong.

Arwah Sayyid juga menunjukkan tanda-tanda sebelum pemergiannya.

9 Ogos 2019, Jumaat

Siang harinya, banyak kali dia tanya, Abah dah balik ke setiap kali bunyi kereta lalu depan rumah. Dia banyak cakap juga, tak seperti hari biasa yg byk tidur sebab penat.

Malamnya, Sayyid tdo kat sebelah mami mcm biasa. Mami dengar Sayyid bercakap sambil tido (dengan anggapan Sayyid mengigau). 


"Sekejap lagi Sayyid sampai, tak jauh dah" diulangnya 2 kali.

Mami kejutkan Sayyid dan Sayyid kembali tidur.

Namun, Allah lebih menyayangi anak syurga ini apabila arwah Sayyid telah dijemput ilahi pada 11 Ogos 2019.

10 Ogos 2019

Seperti biasa Sayyid kurang berselera untuk makan. Oleh kerana satu hari suntuk tak makan, mami bagi Sayyid susu sedikit ikut Ryles tube. Sayyid cakap Sayyid dah taknak masuk wad. Magrib tu Sayyid cakap rasa macam nak sendawa tapi tak lepas. Disuruhnya gosok dibelakang dia sehinggalah malam. 


Pkul 11 mlm Sayyid cakap macam nak muntah. Tapi tak muntah pun, dia cuma keluarkan sedikit air liur. Mami nak sedapkan hati Sayyid dan cakap kat Sayyid ni sebab Sayyid tak makan, ada angin la. Pukul 11.30 mlm, mami ajak Sayyid tidur sebab mami dah penat. Mami peluk Sayyid dan tidur. 

Pkul 1 lebih, Sayyid kejutkan Mami, Sayyid cakap rasa macam nak muntah lagi. Nak tinggikan bantal. Mami ambil bantal mami utk tinggikan bantal Sayyid. 

Bila mami nak sandarkan Sayyid pd bantal, mami nampak Sayyid dah nak pergi. Sayyid cuba cakap2, tapi percakapan Sayyid sudah tidak jelas kedengaran. Mami suruh Sayyid pegang tangan mami, Sayyid genggam tangan Mami. Mami panggil Abah juga. Mami mengucap tanpa henti, Lailahaillah. Mami tengok mata Sayyid dah ke atas, Mami terus doakan pada Allah semoga mudahkan urusan Sayyid. Genggaman tangan Sayyid makin lemah dan mami tahu Sayyid dah pergi. Mami tengok jam, pkul 1.17am.
Rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada Saidah sekeluarga.
Saidah dan sekeluarga redha dengan pemergiaan anak sulung mereka sehari sebelum hari kelahirannya yang kelima tahun.

Pagi, takbir Aidiladha berkumandang. Mami senyum sebab mami gembira Sayyid pergi di hari yang baik.

Mami redha Sayyid pergi sehari sebelum harijadi Sayyid yg ke 5. Tiada lagi sakit pdmu sayang dan Sayyid terpilih ke "boarding school" utk jadi anak asuhan Nabi Ibrahim A.S. Mami bangga dengan Sayyid.


Ternyata, betapa kuatnya seorang manusia bergelar ibu.

"Buat ibu-ibu lain yg juga punya anak kecil meninggal sebelum baligh, redha lah kerana anak kita akan menjadi saham akhirat kita yang akan memimpin tangan kita ke syurga," tulis Saidah menerusi posting miliknya di Facebook.

Sumber: Facebook Saidah Malihah

0 Comments