Sup Tulang Daging Korban


Memandangkan musim hari raya haji baru sahaja berlalu, mungkin ramai dah mula memasak sup tulang daging korban yang menjadi pilihan ramai. Nak-nak pula bila makan time panas-panas memang padu!

Masih mencari-cari resipi nak sediakan sup tulang daging korban? Ini senarai bahan memasak dan cara membuatnya. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

Tulang lembu dan sedikit isinya
4 biji ubi kentang
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 paket serbuk sup 
1 sup bunjut
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 bunga cengkih
2 buah pelaga
1/2 dari seketul kiub ayam
Daun sup secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Jika suka pedas tambahkan cili api yang di titik sedikit kedalam sup

Cara-cara: 

Tulang di bersihkan. Kentang di buang kulit, di potong dan di belah empat. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris. Daun sup juga di hiris halus.

Di dalam periuk pressure cooker, masukkan sedikit minyak. Apabila minyak dah panas, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

Dah berbau wangi, masukkan perencah sup. Kacau sebentar dan masukkan sedikit air. Masukkan sup bunjut ke dalamnya. Masukkan juga kiub ayam.

Seterusnya masukkan tulang daging. Masukkan juga air secukupnya. Aku letak air  lebih sedikit dari paras daging. Sekiranya nak lebih kuah sup, boleh tambah lebih air. Tutup periuk dan setkan tekanan selama 25 minit. 

Setelah 25 minit, buka tudung periuk dan masukkan kentang dan perasakan dengan garam dan gula. Boleh masukkan juga cili api yang di titik. Selepas itu, tutup balik tudung periuk dan setkan tekanan kepada masa 5 minit.

Bila dah sampai masa 5 minit  bolehlah di buka tekanan periuk. Tabur separuh daun sup ke dalam masakan. Kacau sebati. 

Makan bersama kuah kicap dan taburan daun sup serta bawang goreng. Walla...

0 Comments