Van rosak tersadai dua jam, tiada siapa datang bantu sehinggalah muncul pemuda ini...

van biru
Khairunnaim menghulurkan bantuan kepada pak cik tersebut yang telah menunggu dua jam meminta bantuan.
Saling tolong-menolong antara satu sama lain amat penting bagi mengukuhkan lagi hubungan sesama masyarakat.

Terbaharu, pemuda berhati mulia ini berkongsi kisahnya membantu seorang 'pak cik' yang amat memerlukan pertolongan ketika itu.

Sebelum pemuda ini datang menghulurkan bantuan, selama dua jam tiada siapa yang berhenti di tepi jalan memberi bantuan kepada 'pak cik' tersebut mungkin kerana takut jika kejadian tidak diingini berlaku.

"Dekat dua jam pak cik ni tersadai gara gara Van rosak, tapi tak ada siapa yang nak bantu atau tolong walaupun banyak kereta dan motor lalu lalang.

van biru
'Pak cik' yang dibantu oleh Khairunnaim baru-baru ini.
"Ceritanya pak cik ni nak pergi Hospital Sungai Buloh sebab nak hantar isteri dan anaknya tetapi van tiba-tiba rosak tepi jalan.

"Masa nak balik dari kerja, saya ternampak lah pak cik ni dengan melambai-lambai tangan, sambil isteri dengan anaknya duduk di tepi kepanasan.. aku syak van pakcik ni rosak.

Pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Khairunnaim ini memberitahu dia bertemu dengan 'pakcik' berkenaan ketika dalam perjalanan pulang` ke rumah dari stesen MRT Sungai Buloh ke Kuang pada lapan Ogos lalu.

Bersimpati dengan nasib 'pak cik' tersebut, Khairunnaim menghulurkan bantuan dengan menghantar pak cik itu ke rumah untuk mengambil motor miliknya memandangkan kawasan rumah mereka berhampiran sahaja.

Antara komen oleh netizen menerusi posting yang dimuat naik Khairunnaim di Twitter.
Memandangkan van milik pak cik berkenaan telah rosak, dia hanya menggunakan motor sahaja untuk menghantar isteri dan anaknya ke hospital semula.

Namun, Khairunnaim kecewa dengan sikap segelintir individu yang enggan membantu 'pak cik' berkenaan.

"Tapi yang hairannya satu orang pun tak nak tolong. Eh mana sifat keprihatinan korang eh wahai rakyat Malaysia?

"Orang tengah susah tak akan tak nak sama sama membantu? cuba lah kalau situasi itu adalah ayah kita sendiri? 

Tambah Khairunnaim, kejadian tersebut menyentuh hatinya apabila 'pak cik' tersebut memberitahu dia mahu menghantar isterinya ke hospital kerana keadaan kesihatan yang tidak baik

"Serius pak cik ni orang Kuang, sungai buloh kenal siapa dia, bukan orang penipu ke apa. Van biru tu jelah tempat dia hantar isteri dan anak-anak nya pergi mana-mana. 

"Kalau nak tahu, isteri dia tak berapa sihat dan nak pergi hospital Sungai Buloh.

Selain itu, pemuda berhati mulia ini menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan pertolongan.

Baginya, setiap individu perlu berpada-pada ketika berprasangka buruk dan sentiasa bersangka baik.

Posting yang dimuat naik Khairunnaim menerusi Twitter hanyalah sekadar berkongsi dan memberi peringatan kepada orang ramai untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. 

"Tujuan posting ni bukan nak cakap riak, nak tunjuk kebaikan. nampaknya ada segelintir yang  langsung tak faham bahasa. Yang tahu jadi keyboard warrior. Mcm ni lah, tujuan aku nak post pasal ni cuma nak menafikan pandangan buruk orang terhadap orang-orang sebegini, kata Khairunnaim menerusi postingnya di Twitter.

Bila kita permudahkan urusan orang lain, inshaAllah pasti akan dipermudahkan urusan kita. Jika bukan dia tolong kita, mungkin orang lain pula yang hulurkan pertolongan kepada kita.

Sumber: Twitter Bangyeem

0 Comments