Biadab! lampin bayi 'tersergam indah' atas pinggan

Tetamu majlis kahwin membuang lampin bayi di atas pinggan.
Biadab! itulah yang boleh digambarkan sikap salah seorang tetamu majlis perkahwinan selepas bertindak membuang lampin bayi di atas pinggan.

Walaupun negara kita baru sahaja menyambut hari kemerdekaan namun segelintir rakyat Malaysia  masih tidak bebas daripada bersikap buruk perangai.

Menerusi posting Faqihuddin di laman Twitter, remaja lelaki berkenaan memuatnaik gambar pinggan di atasnya yang mempunyai lampin pakai buang bayi beserta caption:

"Tetamu majlis kahwin paling bodoh dalam Malaysia," caption yang ditulis menerusi akaun Twitter @Faqihh_94.

Faqihuddin yang mengalami sendiri kejadian tersebut, ketika itu sedang bekerja  part time katering di sebuah majlis perkahwinan dan menjalankan tugasan mengangkat pinggan-pinggan tetamu.

Sebahagian netizen yang memberi komen pada posting Faqihuddin.
Namun lain pula jadinya selepas dia terkejut melihat lampin bayi 'tersergam indah' di atas pinggan berkenaan dan tidak perasan siapa gerangan yang berbuat demikian.

Nak tak nak, Faqihuddin terpaksa mengangkat pinggan tersebut memandangkan tetamu lain juga mahu duduk di situ.

Sementara itu, Faqihuddin meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir manusia yang 'tidak beradab' ini.

"Sebenarnya sikap ini kritikal sebab pintu nak ke tandas dekat je sebenarnya.

"Tapi disebabkan malas tahap kritikal, dia lepaskan pampers tu dalam pinggan macam tu je.

"Saya geram juga masa ni sebab tak ada common sense langsung.

Ada juga sebahagian netizen berkongsi pengalaman di ruangan komen.
Tambah Faqihuddin, pelaku tersebut tidak perlu bertindak demikian dan sekurang-kurangnya cuba untuk bertanyakan lokasi tandas berhampiran.

"Panggil lah staf untuk tanya mana toilet atau tong sampah yang berhampiran.

"Tak perlu buang dalam pinggan," tegasnya. 

Kejadian yang berlaku pada 31 Ogos baru-baru ini juga diharap boleh membuka mata orang ramai supaya menjaga tingkah laku dan lebih 'bertamadun'.

Baca lagi: Sekumpulan uncle cina sanggup berpanas tolong tukar tayar kereta, sungguh prihatin!

0 Comments