Lagi 30 hari nak bertunang, lelaki ini dikecam netizen 'body shaming' bakal tunang


Rupa paras yang cantik adalah dambaan setiap manusia tidak kira lelaki mahupun wanita.

Topik body shaming atau face shaming sering kali menjadi bualan hangat netizen dan mereka sememangnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu yang suka mengutuk fizikal badan orang lain. Tak baik tau :(

Body shaming atau ertinya, sebuah amalan dalam membuat kritikan atau komen yang berpotensi memalukan seseorang individu mengenai saiz badannya manakala face shaming pula melibatkan wajah dan kulit seseorang

Siapa je yang boleh tahan kan kalau selalu dikutuk rakan-rakan atau mungkin kekasih sendiri? Terasa beb!

Terbaharu, menerusi sebuah bebenang yang dimuat naik salah seorang warga Twitter mengundang kecaman netizen hanya kerana kata-katanya yang dilihat seperti 'membuka' aib bakal tunangnya.

'Aku nak kongsi sedikit macam mana aku kenal dengan dia waktu dia hitam, tak lawa dan agak selekeh'


'Time aku jumpa dia tak lawa,biasa biasa ja, pastu gemuk. Make up pun so so ja'


Majoriti netizen mengecam tindakan lelaki berkenaan menerusi ruangan komen.


'Sampai ke 2016 kau gigih cari tweet dia'

Diharap lelaki berkenaan cepat-cepat lah minta maaf kepada bakal tunang ye.. Kesian dia terasa hati hm.

2 Comments

  1. kalau hitam tak lawa ke? ammi sentap ok...
    terlalu jugdmental lelaki ni... kesian jugak kat pasangannya tu kalau satu waktu selepas melahirkan anak dia kembali "membesar"...hmmmmm

    ReplyDelete
  2. kenapa kalau hitam je tak lawa? silap dia juga. moga baik2 je la lepas ni

    followed here #36

    ReplyDelete