Ditipu scammer! order wallet, seluar dalam yang sampai


Ramai yang telah mula menjadikan internet sebagai platform untuk berurus niaga atas talian bagi memudahkan kedua-dua pihak untuk berjual beli.

Perniagaan atas talian telah memberi manfaat kepada semua orang dari segi masa dan sebagainya.

Namun, keburukannya juga turut memberi kesan terutama kes penipuan melalui atas talian yang melibatkan scammer. 

Aktiviti scammer telah berleluasa dan mereka bertindak menggunakan beberapa platform jualan e-dagang sebagai lubuk 'menipu' pelanggan.

Terbaharu, salah seorang pengguna Twitter berkongsi kisahnya yang ditipu seorang scammer melalui platform e-dagang yang terkenal di Malaysia.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Arif Adli menerusi tweet miliknya, dia telah order sebuah beg dompet namun setelah sekian lama menunggu, seluar dalam wanita pula yang diterimanya.

"Aku tak tahulah nak rasa sedih ke kelakar tapi aku dah lama tunggu barang ni.

Namun, lain pula yang diterimanya iaitu seluar dalam wanita.




Arif Adli pada awalnya telah order sebuah beg dompet melalui platform e-dagang yang menjadi pilihannya.



Beberapa individu juga turut ditipu oleh scammer yang tidak bertanggungjawab menerusi platform e-dagang yang sama.


Kejadian yang dialami oleh Arif Adli mendapat perhatian salah seorang pekerja platform e-dagang berkenaan yang ingin membantu menyelesaikan masalah tersebut.



Selain itu, posting Arif Adli ternyata menghiburkan netizen di laman Twitter sehingga meraih hampir 14,400 retweets dan 7,500 likes.



Buat pembeli online tegar, pastikan anda sentiasa berhati-hati ya!


4 Comments

  1. alahai kesiannya.. so far mama xde pengalaman pahit lagi shopping online

    ReplyDelete
  2. setakat ni masih manis-manis lagi pengalaman beli online ni. semoga tak kenalah kat akak ni.

    ReplyDelete
  3. Aduh scammer mmg di mana2

    ReplyDelete