First time jalan-jalan shopping mall, “Mak malu.. tak ada baju lawa, tak ada duit


Syurga di telapak kaki ibu- itulah ungkapan yang sering didengari dan pengorbanan seorang ibu tidak mampu terbalas oleh kita sebagai anaknya.

Posting yang dimuatnaik Maisharah Husiani di laman Twitter ternyata mengundang sebak netizen.

"This is the verryyyy first time, my mom jalan jalan dekat mall sepanjang 64 tahun beliau hidup. 

Mom: mak malu la kak.
Me: ala, takpelah. Bukan selalu pun. Akak tolak mak naik kerusi roda. Okay?
Mom: mak tak reti la nak makan gini.
Bro: takpe, org buatkan."

Menerusi posting yang meraih hampir 10,000 retweets dan 17,800 likes itu, ia merupakan kali pertama ibu Maisharah keluar berjalan-jalan bersama Maisharah dan abangnya sepanjang 64 tahun usianya.

"Saya dan abang memang kaki jalan.

"Waktu kecil dulu, kami tak dapat nak kemana-mana. Biasa lah, mak ada anak kecil dan susah nak bawa keluar.

"Lagipun, mak tak suka jalan jalan. Jadi, bila kami dah besar ni, kami pun nak bawa mak keluar. Tapi itulah, mak suka cakap, “mak malu. Tak ada baju lawa. Tak ada duit.

Bagi Maisharah, dia tidak pernah terfikir untuk berasa malu membawa ibunya keluar berjalan malah lebih bangga kerana berpeluang meluangkan masa bersama ibu tersayang.

Posting Maisharah yang tulr di Twitter baru-baru ini.
Gadis yang berusia 23 tahun ini sanggup berhenti kerja untuk menjaga satu-satunya ibu tercinta yang ketika itu mengalami penyakit kencing manis.

"Saya jaga ibu sehingga dia okay tapi sekarang dia dah semakin uzur.

"Jadi, saya hanya utamakan mak saya sekarang dan dalam masa yang sama, saya jaga opah saya.

"Saya ada empat orang abang dan kesemuanya banyak support selain duit mak yang ada. Saya pun ada jual pelbagai jenis kuih untuk duit poket sendiri.

Maisharah yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik ini juga menjual pelbagai jenis kuih tradisional dan dalam perancangan untuk membuat bisnes bersama rakannya.

Reaksi netizen melalui ruangan komen di posting berkenaan.
Sementara itu, Maisharah menganggap pengorbanan ibunya tidak mampu dibalas kerana jasanya yang penat lelah menjaga dia dan abang-abangnya.

"Sebenarnya tiada perkara yang indah selain buat org tua kita bahagia.

"Segala yang kita buat, Allah berikan pahala. Mak redha dan insyaAllah, Allah pun akan redha.

"Kalau ada di antara kita yang tak rapat dgn parents atas sbb tertentu, kuatkan diri sebab mereka ni sayang kita sebenarnya.

"Orang yang tak bekerjaya sebab jaga mak, jaga ayah ni mungkin tak kaya di sisi manusia, tapi di sisi Allah, dia paling berharga.

Baca lagi: Pelajar intern dibuli, sabtu ahad dipaksa bekerja sampai malam!

5 Comments

  1. well said lah. btol tu. kaya tak semestinya duit. mungkin kaya kat akhirat. allah. impian setiap manusia nak kaya akhirat tapi bila kat dunia, nak kaya dunia jugak. moga allah permudahkan urusan shahirah dan keluarga.

    ReplyDelete
  2. Terharu bila baca kisah mcm ni. Saya pun kadang2 ada jugak pengalaman mcm ni, bila bawa parent makan ke tempat2 mahal, mmg diorg mcm tak biasa. Tapi itulah salah satu cara nk balas jasa mereka yg tidak terbalas.

    ReplyDelete
  3. Kaya dengan nilai2 murni dah sangat tinggi darjatnya. Berbuat baik pada ibubapa insyaallah hidup kita juga akan mendapat keberkatan

    ReplyDelete
  4. Ibu mana xhapoy bila anaj2 bwk gi mkn, kak oun rasa happy bila anak2 sekali sekala belanja mak dia mon

    ReplyDelete
  5. Ya, rajin2 bawa mak ayah jalan2 cari makan kat luar. Mak ayah rasa bahagia, kami pun rasa seronok. Selamat sejahtera makcik dan sekeluarga bersama!

    ReplyDelete