Awas kesan buruk jerebu! Ambil 6 langkah ini cegah penyakit akibat jerebu


Sekali lagi negara kita dilanda masalah jerebu yang serius dan pada kali ini beberapa negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan skala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kadar tidak sihat.

Apabila berlakunya musim jerebu ini, jangan terlalu ambil pandang ringan ya!

Risikonya sangat merbahaya terutamanya kepada golongan kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakit jantung dan respiratori juga kepada mereka yang sensitif kepada habuk dan perokok.

Sebagai langkah berjaga-jaga, beberapa tips disediakan untuk mencegah penyakit akibat jerebu. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah.

1) Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.

2) Sentiasa berada di dalam bangunan dan jika berada di luar, orang awam dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) jenis 3 ply.

3) Pastikan udara di dalam rumah atau bangunan sentiasa bersih. Kurang sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.

4) Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.

5) Jangan lupa untuk sentiasa banyak minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ini sangat penting ya!

6) Basuh tangan dan muka dengan menggunakan sabun serta air bersih selepas melakukan aktiviti luar.

Untuk info tambahan, kesan kesihatan akibat jerebu antaranya penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik, asma, radang paru-paru, sakit jantung, sakit tekak, sakit mata, batuk dan selsema.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 

Baca lagi: Ketahui lima khasiat Budu ini yang anda mungkin tidak tahu!

1 Comments

  1. Tips yang sangat berguna dimusim jerebu ni. Penyakit mudah datang masa gini. Thanks for sharing ya.

    ReplyDelete