![]() |
Overnight oat sangat berkhasiat. Foto: Twitter Detox_Glow |
Apa kata cuba resepi Overnight Oat ni, mudah dan sedap tau!
Resepi Overnight Oat
Bahan-bahan:
1 cawan rolled oats
1 1/2 cawan susu (boleh pilih sama ada susu perisa biasa, strawberi atau coklat)
1 sudu chia sees (pilihan)
1/2 sudu esen vanila
Bahan-bahan di atas perlu diletakkan dalam satu bekas bertutup seperi balang atau seangkatan dengannya.
Seterusnya tinggalkan semalaman di dalam peti sejuk.
Kemudian, esok pagi hanya tinggal sediakan toppings sahaja. Toppings seperti yogurt, buah, kekacang, cornflakes dan coco crunch pun boleh!
Untuk info tambahan, oat sangat berkhasiat dengan nutrisinya yang mampu menjaga kesihatan jantung dengan baik, mengawal gula dalam darah dan mampu menurunkan berat badan.
Sumber: Twitter Detox_Glow
Baca lagi: Biadab! lampin bayi 'tersergam indah' atas pinggan
1 Comments
nampak sedap dan yang penting berkhasiat.. :)
ReplyDelete...