Pelajar intern dibuli, sabtu ahad dipaksa bekerja sampai malam!

Pelajar intern dibuli
Luahan hati oleh Aina menerusi akaun Twitter miliknya.
Isu berkaitan pelajar yang menghadapi konflik ketika latihan praktikal menjadi bualan hangat netizen terutamanya di platform media sosial baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, salah seorang pelajar meluahkan rasa kecewa menerusi Twitter mengenai tempat latihan praktikalnya sebelum ini yang 'mempergunakan' dirinya di luar bidang tugas sebagai pelajar latihan praktikal.

Luahan pelajar tersebut mendapat perhatian netizen sehingga meraih 7,400 retweets dan 5,200 likes.

Melalui akaun Twitter @_xxxansykh atau mesra dengan panggilan Aina, dia hanya mampu bertahan selama tiga minggu di syarikat pengurusan acara (event planner) tersebut selepas dikatakan tidak mematuhi syarat serta tanggungjawab yang sepatutnya terhadap pelajar.

Aina yang merupakan salah seorang pelajar dari universiti tempatan itu terpaksa melalui detik-detik 'pahit' sepanjang berada di syarikat berkenaan.

Dipaksa bekerja pada hari Sabtu dan Ahad.


Syarikat tersebut sering mengambil budak latihan praktikal namun tiada pekerja tetap.


Janji dan kenyataan yang diberikan syarikat berkenaan kepada pihak fakulti tidak sama dan menipu!


Aina juga bertindak melaporkan hal tersebut kepada pihak fakulti dan pensyarah yang bertanggungjawab berkaitan latihan praktikal

Malahan, Aina diberi keizinan menghantar surat menarik diri daripada menjalankan latihan praktikal di syarikat yangg terletak di bandar bersejarah, Melaka itu.

Emel dibalas oleh syarikat berkenaan dikatakan tidak menggambarkan sikap yang profesional.


Bukan itu sahaja, ada juga beberapa pelajar sebelum ini yang menjalani latihan praktikal di syarikat sama mengalami pengalaman yang sama seperti Aina.


Tiada siapa yang berani bersuara sebelum ini.



Sumber: Twitter _xxxansykh

3 Comments

  1. Snangnya bukak company takdak pekerja amik budak intern jek. Cehhh krg ckp tak sapot melayu pulak. dh buat anak org mcmni. Tak semua okay. Tapi ingat kerana nila setitik rosak susu sebelangan

    ReplyDelete
  2. Kesian kat budak2 intern disalahguna.
    Hope lepas ni ada garis panduan utk
    menjaga kepentingan budak2 yg buat intern, bukan asyik kena buli saja.

    ReplyDelete