Emosi sentiasa berubah? Jaga-jaga dengan penyakit Bipolar ini!

Bipolar adalah salah satu gangguan kesihatan mental.
Pernahkah anda mengalami penyakit Bipolar?

Tetapi apakah itu Bipolar?

Bipolar adalah salah satu gangguan kesihatan mental apabila seseorang itu memiliki karakter emosi yang sentiasa berubah antara kemurungan dan mania.

Apa itu Mania?

Mania adalah lawan kepada perasaan murung. Seseorang yang mempunyai mania dikatakan akan berasa gembira yang berlebih, terlalu aktif, kurang rasa ingin tidur, pemikiran yang bertukar-tukar dengan terlalu cepat hingga menyebabkan individu itu bercakap dengan banyak.

Gembira yang berlebihan juga disebabkan oleh mania.
Bipolar pula adalah penyakit seseorang itu mempunyai emosi yang bertukar-tukar di antara mania dengan kemurungan.

Namun, punca sebenar penyakit bipolar masih lagi tidak diketahui. Ia boleh disebabkan faktor genetik dan persekitaran yang berinteraksi antara satu sama lain.

Penggunaan alkohol, dadah ataupun masalah hormon juga boleh bermulanya penyakit bipolar itu. Segera dapatkan bantuan psikiatri ya!

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 

Baca lagi: Tips mudah penjagaan rambut agar lebih sihat dan kuat

0 Comments