7 aspek penting perlu diambil kira sebelum memiliki rumah idaman anda


Setiap individu pastinya mempunyai keinginan untuk memiliki rumah idaman masing-masing.

Pelbagai jenis kediaman yang disediakan oleh pemaju dan harganya boleh tahan mahal ya!

Kepada sesiapa yang sudah bersedia dari segi kewangan untuk membeli rumah, beberapa perkara penting ini yang anda perlu ambil tahu sebelum membelinya.

1. Arah matahari

Cahaya matahari terbit dan terbenam ini salah satu perkara penting untuk rumah anda.

Bagi sesiapa yang suka arah matahari pagi masuk di dalam rumah, pintunya perlu menghadap ke bahagian timur. 

Ada juga yang suka cahaya petang masuk ke dalam rumah dan anda boleh memilih rumah menghadap barat. 

2. Arah kiblat

Ini berkait juga dengan arah matahari. Jika pintu utama menghadap barat, maka anda akan solat menghadap ke pintu utama.

Arah kiblat ni penting ya bagi umat islam. Kena tengok betul-betul masa pergi rumah contoh. Takut ada yang sembahyang mengadap pintu tandas pula nanti.

Sebaiknya pilih arah kiblat yang menghala ke dinding rumah dan tidak ada gangguan jika ingin solat.


Gambar hiasan.
3. Kawasan sekeliling

Pastikan anda ronda di sekeliling kawasan rumah yang bakal dibeli itu dalam radius 10-15 kilometer.

Anda boleh melihat persekitaran rumah dan jika kawasan rumah berhampiran kilang, habuk-habuk kotor sentiasa 'menyinggah' di rumah anda.

Kalau ada kuari, lori-lori besar akan lalu lintas di kawasan itu. Kalau ada kandang kambing atau kandang lembu, maka faham-faham la macam mana baunya nanti.

Kalau ada kawasan yang sesak, maka faham-faham la situasinya pada pukul empat hingga tujuh malam.

Kalau rumah anda berhampiran sekolah, keadaan jalan pasti akan sesak pada waktu kemuncak iaitu pada pagi dan tengahari serta petang.

4. Komuniti

Jangan lupa untuk melihat kawasan perumahan lain yang berdekatan. Semak status perumahan tersebut.

Kalau berhampiran kawasan setinggan, anda perlu berhati-hati dan pastikan gril dipasang serta keselamatan yang lain juga perlu dipasang siap.

5. Bencana alam

Di Malaysia, ada dua jenis bencana yang kerap berlaku dan boleh merosakkan rumah iaitu banjir dan ribut.

Pastikan anda check dahulu kawasan sekeliling dan  jangan mudah percaya kata-kata ejen serta pemaju.

Kalau berdekatan dengan kawasan banjir, elak untuk beli dan jika di kawasan atas bukit, hati-hati dengan tanah runtuh dan angin ribut.

Kalau ada banyak pokok di sekeliling, hati-hati dengan pokok tumbang yang kerap berlaku ketika musim ribut dan angin kuat.

6. Kes jenayah

Jangan tak tahu, sebenarnya ada kawasan yang dilabelkan sebagai black area, kawasan jenayah yang polis pun tidak boleh masuk sesuka hati. Pastikan anda jangan beli ya, sebolehnya elakkan!

7. Rekod pemaju

Rekod pemaju wajib selidik terlebih dahulu sebelum membeli rumah. Pastikan pemaju tidak mempunyai rekod buruk atau sebarang complaint melibatkan pemaju berkenaan.

Lagi satu, jangan mudah percaya dengan rumah contoh yang kelihatan cantik dan indah namun di sebaliknya, banyak 'mimpi ngeri'!

1 Comments

  1. betul2. Yang rekod pemaju tu kena selidik dulu untuk mengelakkan projek rumah terbelangkai..

    ReplyDelete