Tips mudah mengawal nyamuk, tak perlu sembur lagi!


Beberapa negeri di Malaysia sering dilanda wabak denggi pada setiap tahun akibat pembiakan nyamuk aedes yang sekaligus memudaratkan kesihatan seseorang.

Pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengurangkan pembiakan nyamuk termasuk fogging di kawasan taman perumahan anda.

Namun, tahukah anda dengan menggunakan cecair pencuci pinggan Lemon Fresh Joy atau Harimau Kuat sedikit sebanyak mampu mengawal nyamuk pembawa virus di kawasan kediaman anda.

Dengan harga yang murah dan tidak mempunyai kandungan yang merbahaya, ia mampu digunakan jika telinga anda kerap mendengar bunyi 'desing' nyamuk yang menganggu waktu tidur malam.

Dengan menggunakan cecair pencuci pinggan, letakkan sedikit air di pinggan makan berwana putih dan tambahkan beberapa titisan cecair pencuci Lemon Fresh Joy atau Harimau Kuat.

Kemudian, letakkan pinggan berisi bahan-bahan tersebut di garaj kereta, bilik tidur, ruang tamu, dapur dan luar rumah. 

Tips ini sangat berguna lebih-lebih lagi jika kawasan perumahan anda mempunyai wabak denggi atau Zika serta virus lain yang boleh menyerang haiwan mahupun manusia. 

Kredit: Zulhelmi Zulkifli

1 Comments