Tips mudah penjagaan rambut agar lebih sihat dan kuat


Rambut adalah aset penting buat kaum wanita. Pasti ramai wanita di luar sana yang menginginkan rambut kekal sihat dan cantik!

Di sini NOT-TO- DO LIST yang mungkin dilihat remeh namun mampu menjadikan rambut anda  tidak lagi gugur dan semakin sihat selepas ini.

1) Rambut diikat terlampau kuat

 Pastikan anda tidak mengikat rambut terlalu ketat terutamanya bagi sesiapa yang berambut panjang. Jika ikat rambut terlampau kuat, ia boleh menyebabkan keguguran rambut akibat tekanan yang kuat. 


2) Rambut disikat dalam keadaan basah

Elakkan sikat atau ikat rambut ketika rambut dalam keadaan basah. It's a BIG NO ok! Namun jika tidak selesa rambut tidak disikat, gunakan sikat yang bergigi jarang sahaja.


3) Anak tudung sentiasa ditukar

Untuk wanita yang bertudung, sentiasa tukar anak tudung ya! Pastikan anak tudung dalam keadaan yang bersih. Mustahil tak tukar berbulan-bulan kan? Ke ada yang tak tukar? Sila tukar sekarang ye..


4) Elak syampu rambut setiap hari

Elakkan mencuci rambut menggunakan syampu pada setiap hari. Seminggu seharusnya 2-4 kali sahaja.

Bila terlalu kerap syampu rambut, ia akan menyebabkan hilangnya minyak yang sedia ada di kulit kepala.


5) Gosok rambut secara perlahan

Apabila nak gosok rambut yang basah, jangan terlampau gosok dengan kuat dan buat secara perlahan untuk mengelakkan tekanan pada kulit kepala.

Rambut mudah 'fragile' dan rapuh bila dalam keadaan basah.


0 Comments