![]() |
Gambar yang dikongsi oleh Quraisya Ben melalui akaun Twitter miliknya. |
Malahan, ramai netizen berkongsi pengalaman menyambut hari kemerdekaan menerusi laman sosial.
Terbaharu, salah seorang netizen berkongsi cerita menerusi laman Twitternya apabila kawan ibunya yang telah mengalami masalah tayar pancit dibantu sekumpulan 'uncle' berbangsa cina.
Gadis yang dikenali sebagai Quraisya Ben menerusi akaun Twitternya kelihatan teruja dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh 'uncle-uncle' berkenaan.
Posting yang dimuatnaik Quraisya Ben mendapat perhatian netizen sehingga meraih hampir 500 retweets dan 990 likes.
Quraisya cuba untuk offer air kotak sebagai tanda menghargai usaha murni 'uncle-uncle' berkenaan tetapi ditolak kerana kebetulan mereka sedang lepak di kedai makan berhampiran.
Ada juga netizen yang tidak melepaskan peluang cuba untuk 'mengorat' gadis berbaju kuning dan bertudung hitam yang kelihatan memegang payung 'rainbow' dalam gambar tersebut.
Netizen mengusik apabila kelihatan seorang 'bomba' yang hanya melihat saja di tepi namun dia hanyalah seorang kanak-kanak perempuan sahaja.
Walau bagaimana pun, saling tolong-menolong adalah amalan mulia yang patut diterapkan dalam diri masing-masing tidak mengira usia.
Sumber: Twitter QuraisyaBen
Baca lagi: Aliff Syukri mohon maaf, Baby Shima ragu 'ikhlas ke tidak'
0 Comments