Alhamdulillah! Bekas pemain pasukan Pahang ucap syahadah


Menerusi video yang dikongsi oleh pemilik akaun Twitter @citieyhawa4115, bekas pemain pasukan Pahang yang dikenali sebagai Gopinathan atau nama islamnya iaitu Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra telah melafazkan syahadah di Pejabat Majlis Agama Islam Pahang dan video tersebut telah ditonton hampir 10,000 tontonan.

Video berkenaan telah tular di laman Twitter sehingga menjadi perhatian netizen. Ramai yang menyatakan perasaan syukur melalui ruangan komen di posting video tersebut.

"Cantik nama beliau, Alhamdulillah", komen salah seorang netizen.

"Alhamdulillah semoga dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat." ujar netizen lagi.

"Alhamdulillah Gopi!" kata salah seorang netizen.

Malah salah ada juga netizen yang berkongsi Surah al-An'am ayat 125 berbunyi:

“Allaahumma tsabbithu waj’alhu haadiyan wa mahdiyyan” Ertinya : “Ya Allah, tetapkanlah ia (Islam) dan jadikanlah ia sebagai penunjuk yang selalu memberi petunjuk (HR Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Al-Baihaqi, Al-Nasa’i, dan Al-Thabarani)” Aamiin Ya Allah Ya Mujib.


Untuk pengetahuan, Muhammad Gopi Rizqi merupakan bekas pemain pasukan Pahang yang juga berasal dari Kuantan, Pahang dan telah memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak pada 2008.

0 Comments