"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Saya Fauziah Nawi mengumumkan bahawa jenazah anak saya, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif ditemui dalam keadaan sangat elok.
"Saya kini berada di rumah dan Alhamdulillah menurut adik saya, Mohd Fauzi Nawi yang berada di lokasi mayatnya sudah ditemui.
"Anggota bomba bertugas memberitahu dia tak pernah jumpa jenazah secantik itu biarpun sudah dua hari berada dalam air," kata pelakon popular Fauziah Nawi menerusi siaran langsung di Facebook miliknya selepas mayat anaknya yang juga pengarah filem Mohd Firdaus Mohamad Hanif, 43 atau Pitt Hanif ditemui di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang, kira-kira 4.25 petang tadi.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Saya Fauziah Nawi mengumumkan bahawa jenazah anak saya, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif ditemui dalam keadaan sangat elok." kata pelakon popular Fauziah Nawi, 66. pic.twitter.com/u18yeVRU61— Harian Metro (@hmetromy) October 27, 2019
Penemuan itu menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas pengarah filem Coast Guard itu dikhuatiri lemas ketika memancing di sungai terbabit, 11 pagi, semalam.
Fauziah menerusi siaran langsung di Facebook miliknya hari ini menzahirkan kesedihan atas pemergian anak kesayangannya.
Bot yang dinaiki arwah bersama seorang lagi rakannya merempuh tiang jambatan sebelum terbalik dann terbelah dua.
Rakannya dapat menyelamatkan diri dengan beranang ke tepi namun Pitt dibawa arus deras sehingga tenggelam.
Takziah buat keluarga Pitt Haniff. Semoga arwah Pitt Hanif di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah..
Takziah buat keluarga Pitt Haniff. Semoga arwah Pitt Hanif di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah..
Sumber: Harian Metro
0 Comments