Awas! 5 tabiat harian ini mampu menyebabkan kerosakan buah pinggang

Buah pinggang antara anggota badan yang sangat penting untuk dijaga oleh setiap individu memandangkan kes melibatkan kerosakan buah pinggang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Makanan dan minuman harian kita perlu dijaga sebaik mungkin dan perlu elakkan minum minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi.

5 tabiat harian ini merosakkan buah pinggang


Secara umumnya, tabiat yang kelima pastinya membuatkan ramai yang addicted, kan? Lihat lima tabiat harian ini dan bandingkan dengan pemakanan, minuman harian anda. Jaga-jaga, elakkan mempunyai kelima-lima tabiat yang memudaratkan kesihatan tubuh badan anda. Pastikan anda sediakan payung sebelum hujan!


Lima tabiat harian yang mampu menyebabkan kerosakan buah pinggang antaranya:

1. Kurang minum air.


5 tabiat harian ini merosakkan buah pinggang

Antara tugas penting buah pinggang adalah membuang toksin dan bahan buangan seperti tahi untuk keluar dari badan kita.

Jika anda tidak minum air dengan secukupnya, bahan buangan dan toksin akan mula terkumpul di dalam badan. Akhirnya ia akan menyebabkan kerosakan teruk pada tubuh badan. 2. Pengambilan garam berlebihan.


5 tabiat harian ini merosakkan buah pinggang

Untuk memastikan badan berfungsi dengan baik, badan kita memerlukan natrium (garam).

Namun, natrium yang berlebihan boleh menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan. Mereka yang mengambil jumlah garam yang berlebihan akan menyebabkan tekanan kepada buah pinggang, dan juga akan meningkatkan kadar tekanan darah.

3. Pengambilan gula berlebihan.


5 tabiat harian ini merosakkan buah pinggang

Saintis telah membuktikan bahawa mereka yang mengambil tiga atau lebih minuman bergula sehari lebih terdedah untuk menyebabkan protein keluar melalui air kencing.



Jika protein keluar melalui air kencing, ia adalah petanda awal untuk buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik. 4. Kerap tahan kencing.


5 tabiat harian ini merosakkan buah pinggang

Mungkin bunyinya pelik, namun boleh dikatakan semua orang pernah melakukan tabiat ini.

Kadang-kadang anda sedang berada di dalam kenderaan awam, atau sedang berada di dalam bilik peperiksaan dan tidak mahu membuang masa, anda terpaksa menahan kencing.

Menahan kencing dengan kerap boleh menambahkan tekanan yang kemudiannya boleh menyebabkan penyakit batu karang atau kegagalan buah pinggang. Apabila berasa hendak kencing, jangan tunggu dan terus ke tandas!
5. Minum kopi terlalu banyak.


5 tabiat harian ini merosakkan buah pinggang

Pengambilan kafein berlebihan boleh memberikan tekanan tambahan kepada organ ini dan meningkatkan tekanan darah, sama seperti garam.

Jika kita terlalu banyak minum kopi, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Sumber asal : World Health Choice via Twitter Detox Glow

Baca lagi: Lucu! 'First time blind date, kenangan hitam terkentut' bikin lelaki ini terkenang kisah lama

1 Comments

  1. Macam mana nak kurangkan pengambilan kopi sedangkan saya kena minum minima 3 cawan sehari? Adui...

    ReplyDelete