Basque Burnt Cheesecake, sekali makan pasti nak lagi!

Bosan dengan cheese cake yang biasa-biasa aje? Resipi Basque Burnt Cheesecake ini sangat mudah dan sedap. Sekali makan pasti buat anda rasa nak lagi tanpa henti! Jom cuba resipi Basque Burnt Cheesecake ini.


Burnt Cheesecake
Basque Burnt Cheesecake
Bahan Bahan:
18 cm Loyang jenis springform
500 gram Cream Cheese
235 gram Telur ( 4 biji)
180 gram Gula
375 ml Heavy Cream
2 tbsp tepung gandum
Cara Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 230°C
2. Letak kertas baking pada loyang springform
3. Pukul Cream cheese dan gula dalam mangkuk sampai halus & berkrim
4. Masukkan telur, tepung & heavy cream. Pukul hingga halus & gebu
5. Tuangkan aduanan ke dalam loyang
6. Bakar dalam oven selama 30 hingga 45 minit ( sampai bahagian atasnya nampak macam coklat2 hangus)

Sumber: Facebook page Apakau_rasa

Baca lagi: Butter Chicken, mudah dan ringkas!

0 Comments