Berhati-hati di airport, ramai tidak 'alert' taktik merbahaya ini


Stesen lapangan terbang adalah tumpuan utama bagi aktiviti pelancongan. Di Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) antara yang popular untuk penerbangan domestik dan antarabangsa dalam kalangan rakyat Malaysia dan pelancong luar. Namun, jangan disangka air yang tenang tiada buaya kerana lokasi popular itu adalah antara port 'khas' bagi kalangan sindiket keldai dadah untuk 'perangkap' mangsanya yang tidak mengira usia. 

Ada juga individu-individu yang tidak bersalah menjadi mangsa keldai dadah hanya kerana niatnya ikhlas ingin membantu orang yang perlukan pertolongan tetapi malangnya ia hanyalah perangkap golongan sindiket dadah merbahaya ini.

Pengalaman ngeri yang dikongsi netizen ini betul-betul membuatkan kita sedar supaya sentiasa berhati-hati di mana jua berada. 

Saya cuma ingin kongsikan satu peristiwa sewaktu di KLIA 2. Ketika itu saya bersama anak perempuan saya, kami berdua berlegar-legar sementara masuk ke balai pelepasan.

Sedang kami berdua berjalan santai, jarak kami berdua kira-kira beberapa meter anak perempuan saya di hadapan. Tiba- tiba datang seorang wanita dalam usia 30-an menegur anak saya dengan ramah. Dia nak minta tolong katanya.

Di tangannya ada satu beg kertas nampak berisi dua bungkus milo besar, katanya dia beli untuk anaknya, konon dia nak balik Indon. Gaya cakap pun orang sana. Anak saya bersangka baik angguk tanda setuju tolong. Tolong pegang barangnya sehingga melepasi pemeriksaan imegresen.

Konon katanya barangnya melebihi berat 7kg jadi maksudnya nak tumpang lah orang lain.

Bila saya hampiri wanita itu konon cuba terangkan dan minta tolong sekali lagi. Saya pun hairan juga, nampak tak ada pun beg lain bersamanya sampai lebih 7kg. selain beg kertas tu jer yang dipegang!

Saya cakap dengan tegas, "awak bawa sendiri barang awak, awak ada dua pilihan saja, bayar lebih atau buang jer 'milo' tu." Saya tarik tangan anak saya dan ingatkan supaya jangan percaya pada sesiapa pun di airport kalau ada yang minta tolong simpan, bawa, barang mereka.

Rakan pernah lalui pengalaman yang sama, hampir ke tali gantung

Teringat kes yang pernah dilalui oleh seorang rakan saya beberapa tahun lalu. Dia masuk tandas cuma 8 minit, bila keluar anak perempuannya yang berusia 7 tahun sedang bermain patung beruang diberi pinjam salah seorang wanita di sebelahnya ketika sama-sama nak naik flight di KLIA.

Kerana bersangka baik dia membiarkan anak kecilnya itu bawa anak patung itu sehingga tiba pemeriksaan imegresen....igauan ngeri pun berlaku. Ada dadah dalam patung itu dan wanita yang bertanggungjawab berkenaan hilang entah ke mana. Beliau ditahan dan di bawa ke bilik pemeriksaan disiasat sampai pagi kena tanya macam-macam.

Dipendekkan cerita masuk mahkamah atas tuduhan memiliki dadah yang banyak. Nasib baik lepas disebabkan campur tangan orang tertentu. Kes selesai dengan bayar denda yang boleh tahan banyak, kalau tak tali gantung lah jawabnya.

Kita kena sentiasa beringat supaya jangan sesekali bawa barang orang yang tidak dikenali. Boleh berbuat baik tetapi berpada-pada lah ya!

Sumber: Twitter MALAYSIAVIRALL

1 Comments

  1. Wow memang sangat merbahaya... tak ingat akan terjadi kat airport kita

    ReplyDelete