Butter Chicken, mudah dan ringkas!

butter chicken

Siapa teringin nak makan Butter chicken? boleh lah cuba resepi mudah ini. Tak perlu membazir duit nak beli dekat luar, buat sendiri je sebab mudah dan cepat. Jom cuba resepi kegemaran ramai ini!

Bahan-bahan:

2 cawan isi ayam tanpa tulang
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2  sudu teh serbuk lada hitam
1 biji telur
2 sudu besar mentega
5 biji cili api hijau dan merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
3/4 cawan susu cair
1/6 dari seketul kiub ayam
3 pelepah daun kari
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
I keping chesse - (optional)

Cara-cara:

Mula-mula, ayam dipotong kecil. Setelah itu diperap bersama 1 biji telur, 1/2 sudu teh serbuk lada hitam dan garam selama lebih kurang 10 minit. 

Selepas itu golek-golekkan dalam campuran tepung gandum dan tepung jagung.

Sedia untuk digoreng. Goreng dalam minyak panas sehingga berwarna keemasan. Ketepikan. 

Bawang merah dihiris-hiris dan bawang putih di cincang halus. Cili api dihiris kecil. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Setelah itu, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari. Goreng sehingga berbau wangi  dan bawang menjadi layu.

Masukkan susu cair. Kacau sehingga mendidih. Perasakan dengan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. 

Seterusnya masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Jika sukakan cheese, masukkan sekali kepingan cheese kedalam masakan. 

Baca lagi: Siang malam suami bekerja cari nafkah, si isteri pasang skandal dengan ustaz

2 Comments

  1. ni antara juadah yg kerap ammi masak sebab laju je anak2 habiskan nasi kalau buat lauk ni.

    ReplyDelete
  2. sedapnya butter chicken. dah lama nak masak tapi takde masa..

    ReplyDelete