Gebunya Japanese Cotton Cheesecake ni!

Japanese Cotton Cheesecake

Siapa sini peminat Japanese Cotton Cheesecake? Dengan kelembutan kek dan warna yang kuning itu mampu memikat hati bagi sesiapa yang sukakan kek gebu itu! Daripada membazir duit beli, lebih baik buat sendiri lebih jimat dan boleh dikongsi bersama seisi keluarga.

Resepi Japanese Cotton Cheesecake Bahan A: 250 gram cream cheese 50 gram butter 100 ml susu segar (fresh milk) 6 biji kuning telur 1 sudu besar jus lemon 1/4 susu kecil garam 60 gram tepung kek/tepung superfine 20 gram tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B: 140 gram gula (granulated sugar) 6 biji putih telur 3/4 sudu kecil jus lemon

Cara-cara: 1. Mula-mula, cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. 2. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.

3. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

4. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.

5. Akhir sekali, bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).

Sumber: Twitter Resepi Makanan Malaysia

Baca lagi: "Aunty bau macam arwah ibu...

1 Comments

  1. Wah! Sedapnya japanese cotton cheesecake nih.nanti nak cuba buat

    ReplyDelete