Selepas tiga tahun menanti zuriat, hadiah hari Deepavali paling bermakna buat pasangan ini

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya menginginkan zuriat sebagai pelengkap hidup namun kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan selebihnya takdir tuhan yang menentukan segalanya. Setelah sekian lama menunggu zuriat, pasangan bangsa India ini akhirnya bakal bergelar ibu selepas menerima berita gembira dan pada masa yang sama merupakan hadiah bermakna buat pasangan ini pada Hari Deepavali.

hadiah hari deepavali



Perkongsian berita gembira ini dikongsi melalui video oleh seorang doktor menerusi akaun Instagramnya Drthokha sehingga ditonton hampir 26,000 tontonan. Dr Thokha Muhammad yang juga merupakan pakar dalam kaedah persenyawaan in vitro (IVF).

Menerusi video berkenaan, reaksi bakal ibu tersebut yang dilihat menangis kegembiraan selepas menerima kejutan bermakna itu ternyata mengundang sebak netizen. Rata-rata netizen juga mengucapkan tahniah buat pasangan ini.

Sementara itu, salah seorang netizen juga mengharapkan berita gembira seperti yang diterima pasangan tersebut apabila dia juga mengalami pengalaman yang sama masih menunggu zuriat selama empat tahun.


Tahniah buat pasangan tersebut. Berita yang sangat gembir buat seisi keluarganya. Bagi pasangan yang masih menantikan zuriat, semoga dipermudahkan urusan ya.

Sumber- Instagram Drthokha

Baca lagi: "Saya dan Fizo mempunyai alasan yang sangat personal"- Fizo Mawar Kitchen berhenti operasi

0 Comments