Hargai seni dan budaya Malaysia, jom ke Art in The City!


Seni dan budaya Malaysia sangat penting untuk dikekalkan agar tidak hilang identitinya dalam jiwa rakyat Malaysia. Sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran terhadap seni budaya Malaysia, CENDANA bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi edisi kedua Art in The City (AITC) mengadakan program dan beberapa aktiviti menarik buat pengunjung yang bakal diadakan pada 18-27 Oktober 2019 bertemakan I heART KL.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan antaranya pertandingan video I heART KL, forum dan bengkel seni serta aktiviti-aktiviti lain yang menarik bagi meraikan kepelbagaian kreativiti seni.

Pameran arca di sepanjang River of Life.
Pameran Arca 

Pameran arca yang dihasilkan oleh artis antaranya Filamen, Joshua Teo dan Pamela Tan dipamerkan di sepanjang River of Life, Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang anda untuk bergambar bersama arca mereka ya! 

Pertandingan Video I heART KL

Selain itu, lapan peserta yang telah terpilih untuk bertanding melalui  penyertaan video I heART KL  menerusi Facebook page CENDANA bakal berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan akan diumumkan pada 19 Oktober 2019 di Lucky Pao Market, Jalan Raja.


Persembahan menarik di Lucky Pao Market, Jalan Raja.
Lucky Pao Market

Lebih menarik lagi, Lucky Pao Market yang terletak di jalan Raja, Kuala Lumpur juga bakal menjadi satu kelainan buat pengunjung dengan membawa kepada sejarah Kuala Lumpur dan pengalaman indah yang pastinya tidak dapat dilupakan. Artis-artis yang menghasilkan kraf dan karya seni juga akan berkumpul serta persembahan dari kumpulan muzik tempatan antaranya Kyoto Protocol, Johny Comes Lately dan Bizu and The Nadir Music Collective memeriahkan lagi suasana program ini.

Forum dan bengkel seni

Tidak lupa juga bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai forum berkaitan peranan seni dan budaya, anda boleh datang beramai-ramai di RUANG pada 21 dan 22 Oktober ini bermula 10 pagi hingga 6 petang. Jangan lupa daftar menerusi emilychowwengi@gmail.com.


Sketchwalk by KL Sketchnation

Bengkel Panggung Rakyat
Aktiviti-aktiviti menarik
Aktiviti-aktiviti lain juga akan berlangsung di Jalan Raja seperti Panggung Rakyat pada 19 Oktober bermula 8.30 malam, gallery tours pada 18-27 Oktober dengan mendapatkan tiket anda melalui talian 017-3300012, Sketchwalk by KL Sketchnation pada 20 Oktober dan pastikan anda mendaftar terlebih dahulu melalui nombor telefon 012-2051990 dan ACE Bootcamp Indie Music pada 30 Oktober di The Bee, Publika.


Untuk sebarang info, boleh layari laman web https://www.cendana.com.my/

Baca lagi: Teknik fotografi buat pengembara solo

0 Comments