"Hati-hati yang suka try street food .....", Lelaki ini kongsi pengalaman yang mengejutkan!


Makanan halal adalah antara perkara yang amat dititiberatkan bagi umat Islam setiap kali melancong ke luar negara. Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan makanan yang betul-betul dijamin halal malah ada juga peniaga yang sanggup menipu para pelancong berkaitan status makanan halal tersebut semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Buktinya, salah seorang rakyat Malaysia ini telah berkongsi pengalaman melancong di negara Korea menerusi Twitternya. 

"Dekat Myeondong Street, penjual dekat stall ni bila dia nampak ramai orang pakai tudung jalan dekat situ dia tukar signboard yang ada halal tapi bila dah ramai tourist dari tempat lain *(time ni ramai orang Filipina dtg stall) dia turunkan signboard tu letak dekat tepi."
Menurutnya, dia melihat salah seorang peniaga bertindak menurunkan signboard logo halal apabila menerima ramai pelancong bukan beragama islam. Namun, apabila lihat sahaja ramai pelancong yang bertudung serta-merta menaikkan signboard halal di gerainya untuk menarik perhatian pelancong beragama islam.

Tindakan peniaga ini sekaligus menimbulkan keraguan terhadap status makanan halal yang dijualnya. Lebih mengejutkan lagi apabila peniaga berkenaanm logo halal walaupun secara terang-terangan menjual makanan yang mempunyai kandungan haiwan khinzir.

Sementara itu, postingnya di Twitter telah viral sehingga mencapai hampir 13,000 retweets.

Bagi anda yang gemar melancong, pastikan berhati-hati setiap kali ingin membeli street food dan pastikan makanan yang dijual itu berstatus halal serta selamat untuk dimakan.

Untuk lebih mudah lagi, sebelum melancong pastikan anda kumpulkan segala info penting berkaitan makanan halal dan lain-lain.

Sumber: Twitter Najib Ayub

Baca lagi: Tujuh lokasi staycation menarik di Selangor, cantik dan tenang!

0 Comments