Kantoi! teman wanita dedah sendiri perlakuan curang pelakon Amar Asyraf


Satu demi satu kisah curang artis tempatan menjadi bualan hangat netizen antaranya kisah rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah apabila Aliff Aziz telah kantoi curang berkali-kali. Selepas reda kisah Aliff Aziz, timbul lagi kisah terbaru pelakon Amar Asyraf yang dikatakan kantoi curang selepas teman wanita Amar Asyraf sendiri mendedahkan hal yang sebenar di Instagram.

Wanita yang mempunyai hubungan bersama Amar Asyraf itu dikenali sebagai Ellika Azman menerusi posting di Instagram miliknya mendedahkan hubungannya bersama pelakon Amar Asyraf mula terjalin sejak September 2018. Amar Asyraf yang memegang status sebagai suami dan bapa kepada dua orang anak itu rupa-rupanya telah menemui ibu bapa wanita tersebut bagi meminta restu hubungan.

Assalamualakum, mungkin apa yg akan i share malam ni akan mengejutkan dan menyakiti beberapa pihak.Tapi demi Allah, apa yg i cuba sampaikan malam ini bukannya untuk kepentingan diri i seorang sahaja, tapi sebagai manusia yg ada perasaan dan jugak tahap kesabaran yg selama ni i cuba kawal sehabis mungkin untuk menjaga aib and nama beberapa pihak yg terlibat termasuklah diri i sendiri. I harap apa yg berlaku dalam hidup i selama setahun ni cukup nemberi pengajaran untuk diri sendiri dan jgak semua perempuan di luar sana.

September, 2018, my relationship with this one guy yg bertatus suami orang bermula. I tahu benda ni memang salah and tak sepatutnya berlaku. But, i gagal. Bila hari2 dia text, call and meluahkan perasaan perasaan, lama2 i pun cair. Ya, my mistake. Tapi takde istilah i goda dia ya dalam hal ni. Cuma silap i, bila lama2 tu i terjatuh hati jugak dgn dia. So bermulalah kisah cinta antara i dgn this guy.


Sampai lah March, dia datang jumpa parents i mintak restu. Then benda ni berterusan and jadi lebih serious sampailah kami decide untuk bernikah. And pernikahan tu sepatutnya berlaku minggu depan.

Nak dijadikan cerita, sejak makin nak dekat macam2 benda jadi so i decide to istikharah &.. ya, Allah have a better plan for me. Alhamdulillah, last2 minute dpt tahu, dia ada seorang lagi isteri dan seorang lagi anak dari perkahwinan kedua ni. Benda yang paling i terkilan and sedih, dia abaikan tanggungjawab dia as a husband and father sejak baby ni dilahirkan. Sekali pun tak pernah jenguk anak tu sampai ke harini.

So hari yang sepatutnya i patut jumpa his mama and abah, i sebenarnya dah decide nak diamkan je pasal benda ni and batalkan semua plan nikah ni. So.. tiba2 dpt call dari dia. Niat i angkat tu sbnrnya nk bgtahu dia cancel jelah tp tiba2 kena tuduh dgn mama dia lepastu mintak i 100k lol. I akan share satu2 sbb taknak ada mana2 pihak anggap i reka cerita. I, dia and Allah tahu apa berlaku. I berani share walaupun benda ni mengaibkan diri i jgak but i dh tak kisah dgn semua tu sbb i ingatkn i dh cukup teraniaya rupanya ada yang lebih menderita dari i which is his second wife. And i hope takde lagi yg akan jadi mangsa. Stay tuned for more :)

Menerusi aayat terakhir pada posting Instagram Ellika tersebut, dia akan mendedahkan lagi cerita berkaitan hubungannya bersama Amar Asyraf.



Selain itu, ruangan komen di Instagram Ellika dipenuhi dengan pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh netizen. 

Banyak spesis jantan macam ni kaki  betina bagi alsan bini masalah lah apa lah.. Tapi dia yang setan, tak ramai berani nak bongkarkan- Netizen

Why kejamnya dia ni ayoo- Netizen

Perghh tak sangka babe Amar Asyrah like that- Netizen

Sumber: Instagram Ellika Azman

Baca lagi: Alhamdulillah! Bekas pemain pasukan Pahang ucap syahadah

1 Comments

  1. Wow...kantoi la.. lain kali lebih berhati-hati..

    ReplyDelete