Lucu! 'First time blind date, kenangan hitam terkentut' bikin lelaki ini terkenang kisah lama

Kali pertama berjumpa seseorang yang kita mula kenali atau erti kata lain, blind date adalah satu memori yang sukar untuk dilupakan. Malah ia dapat menghasilkan bibit-bibit cinta sewaktu mula berkenalan. Namun bukan semuanya mengalami blind date yang indah, ada yang terpaksa lalui kenangan hitam yang sudah tentu tidak boleh dilupakan.


blind date, terkentut

Kisah lucu yang dikongsi lelaki menemani rakannya blind date buat kali pertama menerusi laman media sosial ternyata bikin netizen terhibur.

Dia mula menceritakan kisah lucu itu selepas terjumpa rakannya itu yang sudah lama tidak bertemu.

Siang tadi terjumpa member lama dengan isterinya di pasaraya. Tak ingat berapa belas tahun dan perjumpaan tu sungguh luar biasa. Rasa kekok bila mengenangkan kisah lama antara kami bertiga yang naharam punya funny, janggal dan memalukan.

Kisahnya masa remaja dulu, member aku ada blind date dgn sorang awek ni (isteri dia sekarang). Entah macam mana berkenalan. Pakai surat kot? Dia ajak aku teman jumpa awek tu. Aku berat hati senanya sebab tak ada fungsi pun nak ikut... Jadi tunggul ja selalunya. Kahkahkah...

Member tak pernah blind date dengan sesiapa.

Tapi dia berkeras ajak sebab dia jenis segan sebab tak pernah blind date dengan sesiapa sebelum ni. Muka pun stok pecah balai raya punya. Tak ada la awek nak terpikat sangat dan ini yg pertama kali. Kalau aku ada, rasa tak gugup sangat. Aku pun ikut la dan kami jumpa awek tu.

Memang ok awek tu. Biasa ja orangnya. Nampak pemalu cocok dengan member aku tu. Aku biarkan mereka berjalan, bercerita dan berkenalan. Aku follow belakang buat-buat macam halimunan. Sampai satu masa aku nampak awek tu berjalan laju pergi menonong tinggal member aku tu sorang2.

Aku deactivate mode halimunan dan berjalan tanya member aku dan tanya kenapa. Member aku kerut dahi tengok awek dia berjalan masuk ke satu lorong. Dia pergi tandas jap. Sakit perut katanya. Kami pun tunggu la situ. Tapi makin lama, tak nampak batang hidung dia muncul.

20 minit tunggu tak keluar-keluar dari tandas, rupa-rupanya....

Aku pun tak tau perempuan ambil masa berapa lama senanya kalau berak. Mungkin lama, tapi tak mungkin lama macam ni. Masuk 20 minit kami jadi tak sedap hati. Aku rasa dia dah cabut lari dah. Tapi member aku ambil keputusan pergi jenguk kat depan pintu tandas untuk kepastian.

Member aku panggil nama awek dia dari luar. Dah berapa lama baru awek tu menyahut dengan suara macam nak menangis. Dia bagitau yang dia dah terberak dalam seluar dia. Kami berdua senyap. Aku nak tergelak tapi aku tahan sampai menggigil tulang selangka aku ni... Kahkakahkah.

Duit cukup-cukup untuk tambang balik.

Awek tu nangis betul. Dia tak boleh keluar sebab malu seluar dia basah kuyup. Member aku kata, jangan risau dia akan pergi beli seluar baru. Kami terus masuk pasaraya Fajar dengan duit yang cukup utk tambang balik. Member aku belikan dia skirt sebab tak cukup duit beli seluar.

Kami bergegas ke tandas. Member aku hulur dari luar, skirt dengan seluar dalam pada aweknya. Aku taknak cerita macam mana caranya kami beli seluar dalam tu sebab memang tak ada dalam plan...Kahkahkah. Sebab tiba-tiba ja ada dalam poket member aku tu. Aku tak sedar bila dia tibai.

"Keberanian atas nama cinta yang membakar jiwa jantanmu, kita akan mampu membuat perkara yang tak mampu terbayangkan."

Mungkin ya, bila terlalu takut dan dalam masa yang sama, keberanian atas nama cinta yang membakar jiwa jantanmu, kita akan mampu membuat perkara yang tak mampu terbayangkan. Itulah saatnya hang perlu mencuri seluar dalam dan meneka saiz pinggang awek hang dalam masa yang genting.

Kami biarkan awek member aku tu selesai brpakaian. Kami kembali tempat tadi dan terdiam. Dalam keadaan yang tergamam tanpa mampu kata apa-apa bahkan untuk bertanya sesama sendiri bagaimana kami nak balik sebab duit tambang bas dah tak ada dah. Selain kenapa spenda corak harimau?

Akhirnya awek tu keluar dengan muka merah padam. Malu, terkedu dan sedih dengan apa yg berlaku. Dia bagitau yg dia terkentut dan tak perasan yang kentut tu adalah cirit hinggalah meleleh dan bila dia sedar, ia dah pun terlambat. Dia menekup wajahnya dan sambung menangis kembali.

Tak pernah cerita dengan sesiapa.

Kami terus balik dan aku tak dengar apa khabar berita selepas tu. Aku pun tak pernah cerita kat siapa. Member aku pun tak pernah bagitau dan dia pun tak pernah mintak benda tu terjadi. Aku tau ia benda yang sulit dan sepatutnya dirahsiakan walaupun ia kisah yang bangang dan lucu.

Akhirnya sudah berkahwin dan mempunyai anak yang comel!

Aku tak ambil tahu lepas tu. Benda tu terus hilang dan aku terlupa terus. Lepas berapa tahun, aku dapat tau dorang kahwin. Aku tak jangka dorang kahwin senanya... hahaha. Tapi dorang bahagia, anak yg comel, berpindah ke kota dan bekerjaya.

Sampai la tadi...Aku tak jangka boleh jumpa balik. Terserempak macam satu reunion yg awkward dan kami saling berpandangan dan terdiam sejenak...Tanpa terucap, kami mengetahui kenangan hitam kentut cirit di blind date kembali bergentayangan di benak kami bertiga.

Sumber- Twitter

1 Comments

  1. hahahha...pecah gelak ammi kat ofis yg senyap sunyi ni

    ReplyDelete