Mangsa body shaming buka cerita sebenar perilaku 'orang sebelah' secara live!- "Buli siber tak selesai dengan membuli siber orang lain"

Body shaming atau erti kata lain, menyindir tubuh badan orang lain antara tindakan negatif yang boleh menjadikan mangsa body shaming itu berasa dirinya diperkecilkan atau diejek tanpa belaskasihan. Sebahagian individu merasakan bahawa sindiran berkenaan adalah sesuatu yang menghiburkan namun sebaliknya, ia mampu membuatkan mangsa tersebut menghadapi tekanan stres yang melampau.

body shaming

Baru-baru ini, isu viral berkaitan body shaming telah menjadi perhatian netizen apabila salah seorang pengguna Twitter, Burhan memuatnaik sebuah video yang memaparkan rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini dengan topik Hapuskan Sindir Badan 'Body Shaming' tak kelakar. Menerusi rancangan tersebut, tiga orang tetamu jemputan yang terdiri daripada Tweetfamous dan selebriti telah dijemput antaranya Zulin Aziz, Azfar Rovski dan Shazwan yang pernah menjadi mangsa buli body shaming.



Namun, ketika mereka sedang mengupas topik berkenaan, Azfar dikatakan telah membuka cerita sebenar perilaku Shazwan yang ketika itu duduk bersebelahan dengannya ketika rancangan MHI sedang berlangsung. 

Dengan beraninya, Azfar tampil berkata;

"Pada 20 Ogos, Astro Awani ada keluarkan artikel mengenai seorang kanak-kanak Albino di Tanzania, dia dibunuh dan disembelih serta dipaksa digunakan untuk ritual sihir. Itu yang berlaku kepada orang albino di dunia.

"So, saudara Shazwan ada quote tweet itu dan tag saya.. awak cakap something about 'Lepas ni boleh lah kita cari Azfar, buru dan sembelih dia pulak, yes you said that. So, the thing is about body shaming ni kan, benda orang tak sedar dan kadang-kadang kita taktahu mungkin kita akan berhadapan dengan orang-orang yang kita buli ni in real life, macam ni lah," kata Azfar secara live. 



Shazwan pernah popular di Twitter seketika selepas memuatnaik video memaparkan badannya sehingga menerima kecaman serta body shaming daripada netizen. Walau bagaimanapun, dia juga pernah bertindak melakukan body shaming kepada Azfar melalui tweetnya di Twitter suatu ketika dahulu.


Sementara itu, beberapa netizen mendakwa Azfar juga turut berkelakuan sama. Untuk rekod pada tiga tahun lepas, dia pernah bertindak sedemikian kepada salah seorang wanita yang juga merupakan Tweetfamous di Twitter. Namun mereka sudah pun menyelesaikan isu tersebut dan masing-masing telah memohon maaf.





Dalam pada itu, salah seorang netizen turut berpendapat masalah siber buli bermula dalam kalangan penentang dan pengikut.




Posting video yang dimuatnaik Burhan_plays di laman Twitter telah mendapat pelbagai respon daripada netizen sehingga menerima hampir 27,000 Retweets dan 22,100 likes serta satu juta tontonan. 

1 Comments

  1. Apa keadaan pun kita kenalah pandai guna otak apabila komen di laman sosial...

    ReplyDelete