Tindakan biadab seorang individu yang memandu ikut rapat kereta di hadapan semata-mata hanya untuk mengelak bayar tol dikecam hebat oleh netizen selepas videonya tular di laman sosial media.
Video yang berdurasi 13 saat itu dikongsi oleh pengguna akaun Twitter @My_Crimewatch sehingga ditonton hampir 105 ribu tontonan. Ramai mengecam tindakan individu berkenaan yang dikatakan telah melanggar sebuah kereta lain dan terus melarikan diri.
Ikut rapat kereta di hadapan untuk elak bayar tol, sekali kemalangan & terus cabut lari. Ingat, tak semua yang pakai H banyak duit! pic.twitter.com/RjjgLXPgXt— MyWatch (@My_CrimeWatch) October 7, 2019
Dengan video yang ditunjuk itu, plat kereta jenis model honda Jazz tersebut dengan secara tidak sengaja telah tular. Menerusi ruangan komen, beberapa netizen yang lagaknya seperti 'Detective Conan' telah mendapatkan info pemilik kereta jenis Honda Jazz berkenaan.
Melalui info pemilik kereta berkenaan, ia merupakan individu berbangsa melayu dan dikatakan berasal dari Puchong, Selangor. Laju betul netizen buat kerja ya!
Melalui info pemilik kereta berkenaan, ia merupakan individu berbangsa melayu dan dikatakan berasal dari Puchong, Selangor. Laju betul netizen buat kerja ya!
"Perghh sampai alamat rumah dapat cari ye.. Habislah dia terbenam 8 kaki dalam lubang jamban sorok muka tebal", komen salah seorang netizen.
"Kereta dah lambang 'H' tapi tak mampu bayar tol ke?- ujar lagi seorang netizen.
"Kereta dah lambang 'H' tapi tak mampu bayar tol ke?- ujar lagi seorang netizen.
Malah, ada juga salah seorang netizen juga berkongsi pengalaman dirinya sebagai pekerja tol.
"Bila kereta boleh beli dengan loan 9 tahun, semua orang jadi mampu"
"Bila kereta boleh beli dengan loan 9 tahun, semua orang jadi mampu"
Untuk pesanan kepada yang lain, berhati-hati ketika memandu dan jadilah pemandu yang bijak ye! Jangan lah sampai burukkan jenama kereta tu disebabkan perangai yang biadap bak kata pepatah 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'
Sumber: Twitter My_CrimeWatch
Baca lagi: "Doktor cakap 50/50 peluang Baby D untuk hidup- Abby Abadi, minta doakan yang terbaik
Sumber: Twitter My_CrimeWatch
Baca lagi: "Doktor cakap 50/50 peluang Baby D untuk hidup- Abby Abadi, minta doakan yang terbaik
3 Comments
gila betul. berani dia ye.
ReplyDeleteperghh gila lah.. ikut rapat-rapat pastu reverse follow kereta lain pulak. nampak sangat tanak bayar tol ni..
ReplyDeletebiar papa asal bergaya...
ReplyDelete