"Saya dan Fizo mempunyai alasan yang sangat personal"- Fizo Mawar Kitchen berhenti operasi

Usahawan terkenal Mawar Karim telah memgumumkan penutupan restoran Fizo Mawar Kitchen yang telah beroperasi sejak empat tahun lalu menerusi Instagramnya. Mawar juga memberitahu dia dan bekas suaminya, Fizo Omar mempunyai alasan yang tersendiri dalam mengambil keputusan untuk menutup Fizo Mawar Kitchen tersebut.


Fizo Mawar Kitchen, tutup, Mawar Karim, Fizo Omar

Mawar turut  berharap agar Fizo dapat meneruskan usaha dalam bidang perniagaan makanan kerana minatnya yang mendalam.

"Salam semua. Pertama sy ingin mengucapkan terima kasih yg tak terhingga khususnya buat pelanggan yg sentiasa supports FMK selama ini. Hari ini adalah hari terakhir operasi FMK. Menjadi 1001 kenangan selepas ini. Ini hg gambar terakhir kami bertiga di FMK.



"Rata2 sy mendapat feedback memberi pendapat ‘rebranding’ restaurant ini. Sy dan Fizo mempunyai alasan yg sngt personal. Terima kasih kalian yg sangat memahami situasi kami. Di sini jgk terlalu peribadi utk sy ceritakan berapa ‘modal / pelaburan yg telah sy dan Fizo keluarkan’, ‘keuntungan pernah atau pun tidak pernah langsung sy terima selama 4 tahun FMK.’ Mari kita doakan Semoga Fizo dapat terus kan usaha dalam F&B selepas ini, kerana minat beliau dlm bidang ini sangat mendalam. 


"Diharap kan sangat lepas ini tiada lg cerita dari mana2 pihak especially yg ada ‘kaitan’ antara sy atau Fizo mengeluarkan status /cerita di media sosial yg ‘konon  tahu cerita ‘sekaligus akan menimbulkan ‘pelbagai tanggapan dari pihak ramai’. Tidak perlu la ‘orang terdekat’ mencampuri urusan sy dan Fizo. Anda hanya melihat,mendengar tetapi sy dan Fizo shj yg tahu perkara /merasa perkara yg sebenar berlaku. Erti kata tidak perlu menuang minyak ke dlm api ataupun tidak perlu la menegak benang yg basah.



"Walaupun kami berdua sudah tiada kaitan lg tapi masih ada amanah tanggungjawab membesar,memberi didikan kepada Maryam. Focus utama adalah Maryam. Maryam pengubat hati sy selama ini .

"Terima kasih semua sentiasa mendoakan kebaikan. Semoga kita semua sentiasa,diberkati,dipelihara oleh-Nya," tulis Mawar di Instagramnya.

Ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini juga meminta agar tiada sebarang spekulasi yang dibuat daripada mana-mana pihak berkaitan dirinya dan bekas suami supaya tidak mahu menimbulkan pelbagai tanggapan daripada orang ramai. 

Mawar turut mengucapkan terima kasih buat para pelanggan yang telah menyokong restoran berkenaan.




Melalui ruangan komen di posting Mawar, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen dan rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat Mawar dan Fizo sekeluarga.

Terdahulu, Fizo Omar dan Mawar Karim telah berkahwin pada Novermber 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun. Namun, pasangan ini telah berpisah pada 10 Julai lalu.

Sumber- Instagram Mawar Karim

1 Comments

  1. Sangat menarik cerita yg ohpocot beri kan. Suka baca 😘

    ReplyDelete