Siang malam suami bekerja cari nafkah, si isteri pasang skandal dengan ustaz





Ada kawan saya,dah kahwin 12 tahun, duit semua dia bagi isteri dia pegang. Dia dah lah buat dua kerja,siang kerja lain,sebelah malam pulak buat burger. Kereta pun dia bagi bini dia ja guna,dia naik moto honda bulat ja pi mana mana. Tapi apa isteri dia buat?

Phone yg dia beli untuk isteri dia, isteri dia guna untuk main kayu tiga dgn org lain. Orang ketiga tu seorang pengetua merangkap ustaz,pakaian mmg org tak percaya dia tu kacau bini org. Dalam senyap senyap,bini dia beli satu lagi phone yg dia bagi utk contact scandal dia.

Bila dia balik senyap2 daripada jual burger, setiap malam dia nampak isteri dia dok bervideo call dgn laki tu, bergelak sakan. Bila ditanya, isteri dia tak mengaku.

Dia ada anak 3org, semua rapat dgn dia. Ada sekali tu,anak mai dkt tmpt burger dia,sbb lapar sebab mak tk peduli.

Sedih jgk aku tengok muka anak dia sayu ja. Yelah bdk2 tau apa jadi,cuma depa tak tau nak cakap kan.

The peak moment. Bini dia naya dia.
Bini dia pi buat report polis,suruh tangkap dia,sebab kata dia ni menghisap. Padahal tak pun.

Polis pun mai lah tangkap dia,sebab ada terima laporan kan. Bila dah buat ujian air kencing apa semua, so terbukti dia ni tak salah. Tapi nak tak nak, ddk dalam lokap jgk lah 3,4hari before settle.

Polis pun mintak maaf sebab depa tangkap sebab terima laporan.

Bila disiasat, baru dapat tau,isteri dia yg buat aduan tu. Time tu patah sgt dah hati dia. 

Bila ada satu time tu,dia curi curi cari and buka phone isteri dia. Berderai air mata laki,bila dia ddk dalam lokap tu,isteri dia dah set jumpa dgn pak ustaz ni.

Sorry nah biar aku habiskan cerita ni. Ustaz tu, kawan aku kenal dia. Family member aku semua rapat dgn dia. Anak anak dia pun rapat dgn ustaz ni. 

Dia banyak sgt tolong ustaz ni. Sampaikan nak dptkan tender pun, dia tolong ustaz ni dapatkan.

Dia terkilan sgt bila ustaz tu dah senang,ustaz tu buat mcm ni dkt dia.
Btw, ustaz tu dah umur 50-an dah,dia baru 33. Beza jauh sgt umur antara dua ni. Tak tau awat bini dia boleh sangkut.

Last aku jumpa dia, kepala otak dia time tu dah tak betul dah. Dia nak pindah dia cakap.

"aku nak pindah dari sini dah,syg anak anak aku semua"

Dia punya lah semangat beli rumah utk anak bini dia. Sebabkan sygkan anak anak dia,dia bawa semua keluarga dia pindah rumah yg dia beli. Lepas tu aku tak tau jadi mcm mana dah.

Bila kami tanya awat tak berpisah. Dia cakap "aku tak boleh cakap ayat tu".

Kami paham lah ayat lafazkan cerai yg dia maksudkan.

Sampai situ ja aku tau cerita dia. Sama sama kita doakan rumah tangga semua dalam keadaan baik dan bahagia. Amin.

Sumber: Twitter HaikalEK

1 Comments