Menurut perkongsian oleh Nurwanis menerusi laman Facebooknya, sahabatnya telah pergi menghadap ilahi selepas menghidap penyakit kanser usus tahap empat. Walaupun arwah diduga penyakit tersebut, dia sentiasa bersikap positif malah ramai menziarahinya dan sentiasa menerima bantuan daripada rakan-rakan sehingga hari terakhirnya.
Keperibadian arwah Khairul juga sangat mengagumkan dan istimewa sehingga selepas dikafankan, wajahnya seolah-olah sedang tidur dengan lena dan bersih.
Nurwanis turut memberitahu, Khairul sentiasa bersikap positif dan memberikan kata-kata yang positif walaupun dia diduga dengan dugaan besar.
"Sepanjang saya bermesej dengannya, dia selalu memberikan kata-kata positif dan time sakit pun tak pernah dengar dia mengeluh dan masih tersenyum positif.
"Takde merungut, takde marah-marah, takde menjauhkan diri pada orang, mesej tetap dia balas macam selalu seolah-olah dia tak sakit apa pun.
"Saya merasakan inilah 'luar biasa' hebat sangka baiknya dengan takdir Allah sehingga Allah juga telah memuliakan dan mengangkat darjatnya saat kematiannya," tulis Nurwanis di laman Facebook.
Selain itu, ramai sahabat handai kepada arwah Khairul terasa dengan pemergiaan beliau selepas menerima berita kematiannya.
Sementara itu, rata-rata netizen mengucapkan takziah atas pemergiaan arwah Khairul dan posting yang dimuatnaik Nurwanis ternyata meruntun hati netizen.
"Dia layan saya macam dah lama kenal padahal kami tak pernah pun berjumpa.. arwah memang peramah," komen salah seorang pengguna Facebook.
"Bahagian arwah dah habis, MashaAllah arwah mati dalam keadaan yang sangat baik."
Sumber- Facebook Nurwanis
Baca lagi: Awas! 5 tabiat harian ini mampu menyebabkan kerosakan buah pinggang
1 Comments
innalillahiwainnailaihirojiunn
ReplyDelete